.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"

Isnin, 6 Mei 2013

Rintihan Cinta

Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta agung
Akupun mahu mencintai-Mu
Aku tahu mencintai-Mu amat perlu
Dia kemuncak daripada
segala kebahagiaan
Aku berusaha kearah itu
Tapi cintaku pada-Mu Tuhan
selalu terganggu
Oh banyak..yang datang menganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempersona menggamit selalu
Diwaktu itu
Lupa ku pada Mu
Cintaku..jauh sekali
Sekali sekala
Datang juga
Walaupun sedikit
Terasa indahnya
Kemudian lupa lagi
Adakalanya lupa ku pada Mu berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala
sedar kembali Engkau Cinta Agung
Engkau patut dicintai
Selepas itu ku lupa lagi
Begitu cinta ku kepadamu Tuhan
dengan kelalaian silih berganti
Oh Tuhan…
Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmat-Mu
Bantulah aku mencintai-Mu
agar cinta yang palsu
terbunuh sendiri
itulah harapanku
pada-Mu…

Ahad, 25 Mac 2012

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ





Firman Allah SWT :

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"... Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar" 
~ Surah Al-Baqarah : Ayat 153 ~


Tenangkanlah hati dan sabar kala diuji
Hanyalah mereka yang redha rasai manisnya
Sepahit mana pun derita sengsara yang melanda
Itulah buktinya mendapat tarbiah Allah

Rasulullah kekasih Allah Yang Maha Esa
Namun rasul jua diuji darjat keimanannya
Dilempar batu diancam bunuh
dihina keluarganya
Rasul mulia tetap redha dengan ujiannya

Umar Al Khattab menadah tangannya
mengucap syukur
Setiap kali mendapat musibah Allah

Jangan kita merasa sedih bila ditimpa malang
Kerana rahmat kasih Allah
Bersama hambaNya yang tabah
Setiap ujianNya yang datang carilah hikmahnya
Semoga kita merasai kebesaran Allah

Nikmat diberi yang percuma kepada kita
Semoga kia syukuri, semoga kita tak ingkar
Semoga... Allah redhai...

Isnin, 17 Oktober 2011

Dr Haron Din vs Mubaligh India

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Madah Ulama'

“Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).”
- Riwayat At Tirmizi.

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"  

Seorang pencinta bukanlah orang yang mengharapkan imbalan dari orang yang dicintainya, atau menuntut sesuatu dari kekasihnya. Tapi sejatinya, pencinta adalah orang yang bermurah hati memberi pada kekasihnya, bukan malah memperoleh sesuatu darinya.
Seorang hamba yang mencintai ALLAH Subhanahu Wa Taala tidak akan menuntut dariNYA, kecuali perasaan cinta yang serupa. Dan akan mempersembahkan yang terbaik dari amalnya untuk Zat yang ia cintai itu.
 
jom baca buku!
 

Ahad, 2 Oktober 2011

Ketenangan ??

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
 
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Isnin, 19 September 2011

.:: Keaslian Al-Quran ::.

  • Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dalam loghat Quraisy
  • Bilangan ayat di dalam Al-Quran adalah 6,236 dan bukannya 6,666 ayat.
  • Di dalam Al-Quran, siapakah yang ‘berkata-kata’ – Hanya Allah s.w.t sahaja.
  • Adakah Al-Quran sekarang sama dengan Al-Quran yang asal? Soalan ini apabila ditanya kepada umat Islam, mereka akkan menjawab ‘YA’ tetapi sebenarnya mereka menjawab secara membuta tuli sahaja, bukan berasaskan fakta atau keyakinan tetapi sekadar andaian.
  • Mushaf yang diguna sekarang adalah Mushaf Uthmani, manakala mushaf-mushaf yang lain terlah dibakar, mushaf yang ada tidak sama bilangan ayat dan surat


BAHAGIAN 1 : SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
  • Wahyu diturunkan secara beransur-ansur iaitu pada 612 c.e – 635 c.e
  • Hikmah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur:

Ahad, 18 September 2011

Budak-Budak lagi kah kita?


“Kenapa Yop dapat dua, Imad dapat satu?” Imad membantah.


“Yop dapat dua keping duit lima ringgit. Jadi semuanya ialah sepuluh ringgit. Sama macam Imad” kata Uncle Hasan.


“Entah Imad ni. Yop dapat sekeping warna merah. Ini RM10. Imad dapat dua keping RM5, maknanya RM10 jugalah!” Saiful Islam menyampuk.

Selasa, 9 Ogos 2011

kisah 8 ke 20 ni?




Shbt  a : peh penat siot ngayuh…mintk air skit………..wei bese kau tarawikh kt ne?xnmpak pn

Shbt b : kt surau yg dkat dgn rmh aku tu la. Kau?