.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mei 2009

Bagaimana Cara Tidur Kita..?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi Guru sepanjang zaman dan teladan serta ikutan terbaik seluruh insan. Didikannya terperinci sehingga bab tidur pun turut ada adabnya.. Benarlah baginda suatu contoh ikutan sehingga akhir zaman.. InsyaAllah, di laman sesawang ini para pembaca yang sudi menziarahi boleh rujuk hadith berkaitan topik ini serta dzikir dan doa juga amalannya di bawah mukasurat ini. Teruskan membaca..

Ramai di kalangan kita yang memberi perhatian dan keutamaan kepada bilik tidur demi keselesaan semasa berada di dalamnya.

Orang ramai banyak merujuk kepada pakar-pakar interior design untuk memiliki bilik tidur idaman mereka. Ada juga di kalangan kita yang banyak membelanjakan wang ke arah buku-buku untuk memperhias dan mencantikkan bilik tidur.

Setelah itu ribuan ringgit dicurah dalam melahirkan konsep bilik tidur idaman dengan harapan ia akan membina suasana yang menampilkan ketenangan jiwa. Tetapi, adakah ia menepati tuntutan Islam..? Cuba renungkan sejenak..

Nak Bilik Macam Ini..?

Nak Bilik Macam Ini..?

Atau Nak Yang Macam Ini..?

Atau Nak Yang Macam Ini..?

Yang Ini Pun Nak..?

Yang Ini Pun Nak..?read more






Dengan harapan yang tinggi menggunung itu, bilik tidur dihias dengan pelbagai hiasan seperti;

1.Almari pakaian dari kayu jati.

2. Almari solek dengan cermin yang luas.

3. Jendela dan pintu masuk bilik dihias dengan langsir yang warnanya memikat.

4. Warna dinding bilik yang serasi dengan suasana idaman kontemporari.

5. Ciri-ciri bilik ‘ala spa’

6. Tak lupa katil beserta ‘pintu gerbangnya’ yang berhias, yang tilamnya ribuan ringgit beserta cadar dan sarung bantal dan bantal yang licin dan gebu.

7. Ciri-ciri ‘feng-shui’ yang dirujuk kepada si pakarnya.

Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..

Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..

(Kalau ada sesuatu yang penulis tertinggal atau tak sertakan sila komen ya..) Segala-galanya adalah demi keselesaan semasa berada di bilik romantis ini.. Tetapi masih ada satu persoalan..

- BAGAIMANA ANDA TIDUR..? -

Jangan Lah Ada Pengalaman Tertidur Seperti Ini

Janganlah Ada Pengalaman Sampai Tertidur Seperti Ini

Menurut kajian penulis,:

- Ada individu memberi keutamaan untuk bilik tidur yang cantik,

- Ada mahukan kualiti tidur

- Juga yang mahu masa tidur yang cukup

- Selain itu ada juga yang tak kisah tidur di mana dan bila masa

- Cuma segelintir sahaja tidur mengikut ajaran Islam.

Jadi amatlah rugi kita menumpukan kepada kaedah tidur yang menjauhi ruh Islam sehingga banyak wang dihabiskan serta jauh dari kasih sayang Allah..

Tidur Anak-Anak Juga Perlu Dibentuk Dari Rebung Lagi

Tidur Anak-Anak Juga Perlu Dibentuk Dari Rebung Lagi

Mari kita rujuk antara adab sebelum tidur adalah;

1. Membersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi)

2. Bersuci dengan mengambil wudhuk.

Perihal di atas adalah untuk sebagai langkah persediaan agar ia menuju kepada ibadah.

Yang pertama, tidur kita dalam keadaan ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila kita ingat Allah, maka kita tahu Allah sukakan kebersihan dan membersihkan diri menghampirkan lagi diri kita kepada Allah.

Yang kedua, tidur menjadi asbab menjauhi kita dari perkara mungkar. Maka tidur itu lebih baik daripada melakukan maksiat.

Yang ketiga tidur sebagai ruang rehat dan menjana tenaga untuk terus menjalankan ibadah seterusnya dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Seperti persediaan untuk bangun di tengah malam untuk melakukan ibadah sunnah yang lain.

Yang keempat, tidur juga sebagai ibadah bila masa kita tidur dalam mengingati yang Maha Esa dan meraih ketenangan sepanjang tidur.

Berwuduk sebelum tidur juga sebagai persediaan seandainya nyawa kita tiba di penghujung semasa lena. Dan seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Siapakah yang pasti dan boleh memberi jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula keesokannya..? Tiada sesiapa pun..

Maka renungkanlah dan hayati serta hidupkanlah adab-adab sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita..

Bagaimana Tidur Boleh Menjadi Ibadah dan Meraih Pahala Serta Kasih Sayang Allah..?

Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah..
Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah..

Antara pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai adab sebelum, semasa dan selepas tidur boleh kita amalkan setiap hari..

Mengkebutkan (membersih atau kibas) Tempat Tidur Sebelum Tidur

“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.” (Riwayat Bukhari)

Ini membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur.

Berwudhuk Sebelum Tidur

“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

Cara Tidur Yang Betul

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

Amalan Dzikir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebelum Tidur

Dzikir Sebelum Tidur

Maksudnya: ” Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu ditiupkan dan dibacakan Qulhuwallahu ahad (surah al Ikhlas), Qul a’u zubirabbil falaq (surah Al-Alaq) dan Qul a ‘u zubirabbinnas (surah An Nas), kemudian dengan kedua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 1

Doa-Sebelum-Tidur

“Dengan nama-MU ya Allah, aku mati dan hidup” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 2

Doa Sebelum Tidur 2

Maksudnya:” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i)

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya, dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)”. (Riwayat Abu Daud & At Tirmizi)

Doa Agar Dapat Tidur Malam

Doa-Agar-Dpt-Tidur-MlmMaksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” (Riwayat At Tabrani & Ibnu Sunni)

Doa Apabila Membalikkan Tubuh Pada Waktu Malam

Doa-Apabila-Membalikkan-Tubuh-Pada-Waktu-MalamMaksudnya: “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Maha Perkasa. Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun”. (Riwayat Al Hakim)

Dzikir Apabila Terjaga Daripada Tidur Di Tengah Malam

Dzikir Apabila Terjaga Dari Tidur Di Tengah Malam

Maksud sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Barangsiapa yang terjaga dari tidur dan berzikir pada waktu malam dengan menyebut ‘La ilaha illallah wahdahu la syarika lah, Lahul mulku wa lahul hamd, wahuwa ‘ala kulli syai ‘in qadir, alhamdulillah wa subhanallah wala ilaha illallah wallahu akhbar wala haula wala quwwata illa billa, atau berdoa ‘Ya Allah ampunkanlah bagiku’ atau berdoa, maka dimustajabkan doanya. Jika dia berwudhuk dan bersolat maka akan diterima solatnya.” (Riwayat Bukhari)

Doa Bangun Dari Tidur

Doa-Bangun-Daripada-Tidur

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mencuci Tangan Apabila Bangun Dari Tidur

“Jika salah seorang daripada kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya ketika dia tidur.” (Riwayat Muslim)

Syaitan Bermalam Di Dalam Rongga Hidung

“Apabila seseorang bangun dari tidurnya, masukkanlah air ke dalam hidungnya sebanyak tiga kali dan hembuskan. Ini kerana, syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya ketika tidur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walau letih atau penat macamana sekalipun, jadikanlah amalan ini sebagai suatu kebiasaan sebelum tidur. marilah kita tanya diri kita “Bagaimana aku mulakan tidur dan bagaimana aku bangun dari tidur..?” Apakah yang membezakan tidur seorang muslim dan seorang kafir. Dengan mengamalkan apa yang baginda didik sudah pasti kita tidur di dalam keadaan tenang dan senang hati mengenangkan tidur kita didatangi pahala dan ganjaran serta keredhaan Allah dalam menyemai sunnah baginda dalam amalan tersebut.


*posting dpt dari seorg shbt yg email pd sy,terima kasih pd beliau. =)



Sabtu, 27 Disember 2008

Salam Maal Hijrah 1430H



Doa Akhir Tahun

Maksudnya:Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun


Maksudnya:Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ahad, 27 April 2008

MUNAJAT PEJUANG

MUNAJAT PEJUANG

Doa bagi mereka yang senantiasa difitnah dan diganggu sepanjang perjalanan dakwah dan doa memperoleh kekuatan dan pertolongan daripada Allah s.w.t..

اللهمَّ ياَ وَدُوْدُ ياَ وَدُوْدُ ياَ ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ ياَ مُبْدِئُ ياَ مُعِيْدُ ياَ فَعَّالُ لِّمَا يُرِيْدُ . نَسْأُلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ مَلأَ أَرْكَاْنَ عَرْشِكَ وَ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي قَدَرْتَ ِبهاَ عَلى جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَ بِرَحْمَتِك َالَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْئٍ لا إِلهَ إِلا أَنْتَ . ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا اللهمَّ احْكُمْ وَاقْضِ على هَؤُلأِ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ اللهمَّ احْكُمْ وَ اقْضِ على مَنْ ظَلَمَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ . اللهمَّ احْصِهِمْ عَدَدًا وَ اقْضِهِمْ بَدَدًا وَ لا تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا وَ اقْذِفْ فِي قُلُوْبِهِمُ الرُّعْبَ . اللهمَّ ياَ مَنْ ذَلَّتْ لَهُ رَبُّ الْجَباَبِرَةِ وَ خَضَعَتْ لَهُ أَعْنَاقُ الأَكَاسِرَةِ لا مَلْجَأَ مِنْكَ إِلاّ اِلَيْكَ وَ إِعَانَةَ إِلاّ بِكَ وَ لا اِتْكَاْلَ إِلاّ عَلَيْكَ اِدْفَعْ عَنَّا كَيْدَ الْحَاسِدِيْنَ وَ ظُلُمَاتِ الْمُعَانِدِيْنَ وَ أَشْرَارَ الْحَاقِدِيْنَ وَ الظَّالِمِيْنَ وَ ارْحَمْناَ تَحْتَ سَرَادِقَاتِ عَرْشِكَ . يا أَكْرَمَ الأَكْرَمِيْنَ أَيِّدْ ظَاهِرَنَا في تَحْصِيْلِ مَرَاضِيْكَ وَ نَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَ سِرِّ إِخْوَانِنَا لِلإِطْلاَعِ على مَنَاهِجِ مَسَاعِيْكَ . اللهم باَعِدْ بَيْنَنَا وَ بَيْنَ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا كَمَا باَعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَ الْمَغْرِبِ وَ اخْطُفْ أَبْصَارَهُمْ عَنَّا بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَ ثُبُوْتِ عَزَائِكَ إِنَّكَ أَنْتَ الْمُعْطِى لِجَلاَئِلِ النِّعَمِ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِ هآمَّةِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِ لاَّمَّةِ . اللهمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اللهمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ على نُحُوْرِهِمْ . اللهمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَ شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَ زَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَ سَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ وَ لاَ تَطْمَعْ فِينْاَ عَدُوًّا وَ لاَ حَاسِدًا وَ لاَ مَنْ في قُلُوْبِهِمْ سُوْءُ الظَّنِّ ياَ قَهَّارُ يا جَبَّارُ يا مُنْتَقِمُ يا ذَا الْجَلاَلِ وَ الإِكْرَامِ . اللهمَّ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَ ثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَ انْصُرْنَا على الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ . اللهمَّ أَصْلِحْ ذَاْتَ بَيْنِنَا وَ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِنَا وَ اهْدِنَا إِلى سَبِيْلِ السَّلاَم ِوَ نَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلى النُّوْرِ وَ جَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ ماَ ظَهَرَ مِنْهَا وَ ماَ بَطَنَ . اللهمَّ أَنْتَ رَبُّ السَّتَّارِ فَاسْتُرْ عَوْرَاتَنَا وَ آمِنْ رَوْعَاتَنَا . اللهمَّ أَعِنَّا وَ لاَ تُعِنْ عَلَيْنَا وَ انْصُرْنَا وَ لاَ تَنْصُرْ عَلَيْنَا وَ امْكُرْ لَنَا وَ لاَ تَمْكُرْ عَلَيْنَا وَ اهْدِنَا وَ يَسِّرِ الْهُدَى لَنَا وَ انْصُرْنَا على مَنْ بَغَى عَلَيْنَا .اللهمَّ اهْدِنَا إِلى سَوَآءَ السَّبِيْلِ وَ اجْعَلْنَا مِنَ الْهُدَاةِ الْمُهْتَدِيْنَ وَ الدُّعَاةِ الْمُرْشِدِيْنَ . اللهمَّ وَحِّدْ صُفُوْفَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ وَ انْصُرْ جُيُوْشَ الْمُوَحِّدِيْنَ وَ مَنْ مَعَهُمْ . اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِوَجْهِ اللهِ الْكَرِيْمِ وَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرٌّ وَ لاَ فاَجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيْهاَ وَ مِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ في الأَرْضِ وَ مِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَ ِمنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِق ِاللَّيْلِ وَ النَّهَارِ إِلاّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ ياَ رَحْمنُ ياَ رَحِيْم ُياَ فَتَّاحُ الْقُلُوْبِ ياَ سَتَّارَ الْعُيُوْبِ يا كَاشِفَ الْكُرُوْبِ إِنَّكَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْعُيُوْبِ . اللهمَّ ياَ مَنْ نُوْرُهُ في سِرِّهِِ وَ سِرُّهُ في خَلْقِهِ أَخْفِنَا عَنْ أَعْيُنِ النَّاظِرِيْنَ وَ قُلُوْبِ الْحَاسِدِيْنَ وَ الْبَاغِيْنَ كَمَا أَخْفَيْتَ الرُّوْحَ في الْجَسَدِ إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ اللهمَّ اجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلى مَنْ ظَلَمَنَا وَ انْصُرْنَا عَلى مَنْ عَادَاناَ وَ لاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا في دِيْنِنَا وَ لاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَ لاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَ لاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَ لاَ يَرْحَمُنَا . اللهمَّ إِنَّا نَشْكُوْ اِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِنَا وَ قِلَّةِ حِيْلَتِنَا وَ هَوَاناَ عَلى النَّاسِ . ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ وَ أَنْتَ رَبُّنَا . اللهمَّ إِلى مَنْ تَكِلُنَا إِلى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنَا أَوْ إِلى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِنَا إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيْنَا فَلاَ نُبَالِى غَيْرَ أَنْ عَافِيَتَكَ أَوْسَعُ لَنَا مِنْ ذُنُوْبِناَ . نَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أَشْرَقَتْ بِهِ الظُّلُمَاتِ وَ صَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ أَنْ يَنْزِلَ بِنَا سَخَطُكَ أَوْ يَحِلَّ عَلَيْنَا غَضَبُكَ لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ . اللهمَّ أَمَرْتَنَا بِالدُّعَاءِ وَ وَعَدْتَنَا بِالإِسْتِجاَبَةِ فَاسْتَجِبْ دُعَائَنَا . اللهمَّ لَكَ الْحَمْد ُوَ لَكَ الْمُشْتَكَى وَ بِكَ الْمُسْتَعَانُ وَ عَلَيْكَ التُّكْلاَنُ فاَسْمَعْ أَصْوَاتَ دُعَاتِكَ هَذا إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ

Selepas doa ini, elok disambung dengan doa rabitah.

TERJEMAHAN MUNAJAT PEJUANG

Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.


Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.


Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.


Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.


Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka.

Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu.


Ya... Allah Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.


Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami.

Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.


Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.


Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya, sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad. Sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibat terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami.


Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.


Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan. KepadaMulah tempat kami bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Amiin..