.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Ahad, 6 Jun 2010

GMJ II


JUDI BOLA : PILIH DOSA ATAU GELARAN JAHIL?


بسم الله الرحمن الرحيم

Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."(al-Maaidah: 90)

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" (al-Maaidah : 91)

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَاحْذَرُوا فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

"Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata."(al-Maaidah : 92)

Rasulullahi Sallahu alaihi wa sallam bersabda :-

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ

"sesungguhnya yang halal itu jelas dan sesungguhnya yang haram itu jelas" (riwayat al-Bukhari & Muslim)

Sabdanya lagi :-

اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ

"jauhilah perbuatan haram, nescaya engkau menjadi orang yang paling taat beribadah.." (riwayat at-Tirmidzi & Ahmad)

Sabdanya lagi :-

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"apa yang aku tegahkan /larang kamu daripadanya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya, maka hendaklah kamu mengerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa.." (riwayat Muslim)

Memadailah firman Allah SWT dan sabdaan Nabi SAW di atas sebagai peringatan kita bersama. Sesungguhnya yang mengharamkan JUDI itu adalah Allah SWT. Maka berTAQWAlah kpd Allah SWT..

Taatilah Allah dan Rasul. Namun jika kamu masih mahu menentang Allah dan Rasul-Nya, layaklah kamu digelar sebagai orang yang JAHIL.!!

Sabda Nabi SAW :-

يا بن آدم أطع ربك تسمى عاقلا ولا تعص ربك فتسمى جاهلا

"wahai anak Adam! taatilah Tuhanmu, nescaya kamu disebut sebagai orang yang berakal, dan janganlah kamu menentang-Nya, maka kamu akan digelar si JAHIL!" (riwayat Abu Nu'aim)

wallahu a'lam..
al-Banjari

Jumaat, 4 Jun 2010

GMJ 1

TINGKATKAN TEKANAN MANSUHKAN JUDI SUKAN

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan di Parlimen berhubung lesen judi telah menyatakan bahawa kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini. Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini.Walaubagaimana pun menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.

Secara ringkasnya telah memberi maksud bahawa lesen judi sukan sememangnya telah lama diluluskan tetapi masih dalam perbincangan untuk menganugerahkan kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. Kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum menganugerahkan kepada syarikat terbabit.

Tindakbalas daripada rakyat seperti ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum, halangan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan telah memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak bersetuju dengan kelulusan lesen judi sukan yang telah lama diluluskan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan bukan sahaja perlu membatalkan hasrat untuk memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd malah wajib membatalkan lesen judi sukan sepenuhnya.

Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11hb Jun 2010. Ini merupakan kejayaan 50% rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !. Rakyat Malaysia perlu melaksanakan baki 50% lagi usaha mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan yang telah lama diluluskan melalui Himpunan 100 Ribu pada sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang di Kuala Lumpur. Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) bersedia pada bila-bila masa menyahut seruan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memberikan pandangan kepada pihak kerajaan bagi membenteras perjudian tanpa lesen yang berleluasa di negara ini. Walaubagaimana pun bukanlah pendekatan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang kononya sebuah negara Islam meluluskan judi sukan yang bertentangan dengan semua agama di dunia ini.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)

Khamis, 19 November 2009

mengenang 24 tahun MEMALI

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.


ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]



Khamis, 9 April 2009

Khamis, 26 Mac 2009

Usah Diremehkan Kemenangan Khairy Jamaluddin..

Barang siapa yang memiliki pengetahuan mendalam tentang dirinya sendiri dan musuh nya, maka dia ditakdirkan untuk memenangkan semua pertempuran. Barangsiapa yang memahami dirinya sendiri tetapi tidak dapat memahami musuhnya, dia hanya memiliki peluang sama besar untuk menang. Barangsiapa yang tidak memahami dirinya sendiri dan juga musuhnya, dia sesungguhnya ditakdirkan untuk kalah dalam pertempuran..Kenalilah musuh anda, kenalilah dirimu sendiri dan kemenangan anda tidak akan terancam. Kenali lapangan, kenali iklim dan kemenangan anda akan lengkap..kenalilah dirimua dan musuhmu, maka kamu tidak akan kalah dalam 100 pertempuran."
- Intelegen Perang Cina, Sun Zu, The Art of War

Saya pernah menyatakan pandangan saya mengenai KJ dalam posting sebelum ini (klik sini Keberanian Khairy Berdebat Isu PPSMI Wajar Dicontohi).

"Bagi saya, lebih baik Khairy Jamaludin menjadi Ketua Pemuda Umno kerana sosok tubuh ini - berbanding YB Khir Toyo dan YB Mukhriz Mahathir - akan menyebabkan para Pemuda Pas dan gerakan Islam tidak akan mampu bergoyang kaki terus selesa dengan kelahiran para pemimpin muda yang tidak bersedia untuk berdepan hujah secara bersemuka atas apa jua platform Debat Perdana, Hujah (TV9) dan sebagainya. Era gerakan Islam PAS pada masa akan datang adalah lebih mencabar dan berhajatkan seorang pemimpin yang berminda negarawan, mampu berdepan secara bersemuka dengan mana-mana pemimpin parti lawan, membina jambatan antara mereka yang tidak sealiran, mengharmonikan konflik antara pertembungan peradaban, mengkaji pelbagai jenis aliran pemikiran semasa. Debat seperti anjuran TV9 dan Forum seperti anjuran mahasiswa Ma'ruf Club adalah satu siri-siri 'tarbiyah' yang akan menguji sejauhmana kehadiran dan kewibawan Pemuda Pas dalam menyatakan pendirian dan idealisme di hadapan panel lawan dan kelompok audience yang pelbagai, bukannya berceramah secara satu hala tanpa mendengar hujah langsung dari pihak lain."


Tiada apa yang baik mengenai isu integriti (akhlak) kepimpinannya yang tidak perlu saya kupas, cukuplah bloggers pembangkang mengulasnya, ada yang mampu memaparkan fakta-fakta menakutkan mengenai bahananya, tidak kurang juga yang hanya menghentam dengan luahan emosi yang hujahnya simplistik.

Apapun, tiada salah pada aqidah saya mendoakan suatu ketika nanti tokoh muda inilah kelak yang akan memilih perjuangan Islam sebagai pentas akhirnya, sebagaimana Nabi S.A.W mendoakankan supaya salah satu Umar, tokoh politician muda di dalam masyarakat Arab Jahiliyyah menjadi sebahagian dari vertebrata dakwah Nabi S.A.W. Tidak dapat saya bayangkan andaikata tokoh seperti Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaludin ini kelak bergabung lantas berada dalam saff perjuangan Islam kalaupun tidak dalam parti Islam. Tokoh dari parti Islam bagaimana ?

Jika mengenepikan aspek syariatullah, Khairy Jamaludin adalah pakej pemimpin muda yang lengkap aspek
sunnatullah bagi saya.

Apapun, izinkan saya terus mengambil "hikmah yang hilang" dari kepimpinan gerakan Islam tetapi ia ada pada Khairy Jamaludin. Saya berpegang pada kata-kata intelegen Islam Saidina Ali sahabat Nabi S.A.W bahawa ambillah kebenaran walaupun dari lidah musuh kamu.





Apabila Khairy, 36 dilihat pencabar kompeten Anwar, 61

Lihat pandangan unik blogger Mohd Sayuti Omar apabila beliau mengulas implikasi kemenangan Khairy dengan sangat tuntas dan futuristik, sehingga menampakkan Khairy adalah klon Anwar dalam Umno, katanya :

"Ada beberapa perkara menarik tentang Khairy yang meletakkan kemenangan baginya.
  • Ada keberanian dan bersikap terbuka dan melatari suasana semasa.
  • Gigih, tabah menghadapi kecaman ke atasnya terutamanya oleh Dr Mahathir Mohamad.
  • Mempunyai keyakinan diri yang kuat dan sanggup menerjah sesiapa saja dengan pandangan dan akalnya sendiri.
  • Dia juga lebih rapat dan mesra dengan pemuda.
  • Perwatakannya menampakkan kepemudaan berbanding dengan dua calon lain.
  • Mendapat simpati apabila beliau dikacau oleh Lembaga Disiplin.
  • Kerana langsung tidak didokong oleh bapa mertuanya, Abdullah Badawi.

Kehadiran Khairy jangan dipandang sepi oleh parti pembangkang. Tanggapan Umno akan hancur dengan Khairy menjadi ketua pemuda rasanya kurang tepat dan seolah menarik lastik tanpa ada batu dalam pelapiknya. Tanggapan dan tuduhan ini tidak mudah untuk menguburkan Umno di tangan Khairy.

Sudah tentu sebagai seorang yang mempunyai political will yang tinggal Khairy akan cuba memperbaiki dirinya, mempamirkan kepimpinannya dan paling bahaya ialah idea geliga yang ada kepada menantu bakal bekas perdana menteri ini cukup mencabar oposisi.

Petunjuk awal boleh dilihat semasa beliau berucap selepas diumumkan sebagai ketua pemuda Umno baru. Penuh bersemangat, bervisi dan mempunyai gerak body yang sesuai dengan citarasa pemuda dan saya yakin ramai juga puteri yang teruja dengan kemenangan Khairy itu.

Melihat kepada ucapan dan gaya Khairy selepas diumumkan kemenangan itu entah kenapa ingatan saya terhimpau pada tahun 1982 dulu ketika mana Anwar Ibrahim memenangi jawatan ketua pemuda Umno dengan mengalah Suhaimi Kamaruddin. Kalau tidak silap juga dengan undi sekitar 50. Ada aura Anwar di keliling Khairy.

Inilah yang parti pembangkang kena awasi. Terutamanya Pas yang juga akan memilih ketua pemuda baru memerlukan pemuda yang setanding dari segi semangat, kelimuan dan pengalaman politik yang mantap.

Ingat untuk berhadapan dengan Khairy tidak cukup kalau setakat mengungkitkan apa yang dituturkan oleh Dr Mahathir ke atasnya selama ini atau mengungkitkan soal kekayaan Khairy menerusi rangkaian perniagaannya.

Mencerita kekayaan orang lain dengan kita sendiri tidak rajin berusaha adalah kerja kurang cerdik. Keburukan lama seseorang itu akan terhapus dengan wibawa dan keyakinan tinggi yang bakal ditunjukkan dari masa ke semasa "


Faisal Tehrani turut sama mengulas sudut lain kekuatan Khairy :

"Saya berpendapat, dalam konteks dan aspek yang kecil (tetapi penting); setelah mengekori siri ucapan Khairy Jamaluddin; saya dapati beliau bertutur dan berucap dengan bahasa Melayu yang lancar dan fasih. Malah saya berpendapat beliau lebih banyak menggunakan bahasa Melayu berbanding Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Ini misalnya saya saring dan nilai menerusi beberapa sidang media kedua-dua pemimpin ini. Di sebalik pelbagai kontroversi mengenai ahli parlimen Rembau, Saudara Khairy ini, setidak-tidaknya paling kurang beliau telah menunjukkan keinginan untuk berbahasa Melayu yang tinggi. Sikap ini meraih minat saya sebagai pengarang sastera Melayu. Saya berharap sikap ini datang dari dalam sanubarinya memandangkan beliau sekarang sedang memimpin parti yang asasnya Melayu."

Kerabu Bersuara pula bagi saya mengulas bagaimana kemampuan KJ mencipta kesilapan dan berani melakukan kesilapan itulah ciri sebenar kepemudaan yang tulen, bukan pemuda yang 'dituakan' terlalu awal sehingga anugerah "akal segar" oleh Tuhan kepada anak muda itu lebih penting dari "tenaga"nya untuk digunakan sebagaimana banyak terdapat dalam pemikiran dan mentaliti "orang-orang tua" :

"Dia dilihat bersedia berhadapan cabaran. Walau pun pernah dilabelkan sebagai beban Umno, nampaknya dia berusaha keras membuktikan sebaliknya. Usahanya menjatuhkan Kelantan dalam PRU yang lalu meletakkannya dalam situasi defensif. Namun, berbekalkan kemudaannya dari segi usia, ketrampilan dan gaya berbanding dua lagi saingannya yang tewas, dia dirasakan mampu menyuntik semangat baru kepada pemuda Umno.

Dari segi gerak kerja politik pula, Khari memang seorang yang tangkas. Lihat, dalam keadaan dia disabitkan rasuah pun dia masih boleh menang. Serangannya kepada Kelantan dalam PRU yang lalu menarik tumpuan khusus Pas untuk berdepan dengannya. Dia menggerakkan secara berkesan jentera Umno untuk menarik orang Kelantan yang berada di luar Kelantan untuk balik ke Kelantan dan mengundi BN. Soal orang yang balik dalam programnya dan tidak mengundi BN itu isu lain, tetapi usahanya itu yang sepatutnya menjadi isu."


Saya tidak nampak pesaing terbaik menggantikan YB Salahudin Ayub kecuali YB Mahfuz Omar. Saya masih tidak melihat siapakah end product tarbiyah jamaah Islam kampus mahupun akademi kepimpinan pemuda Pas yang mampu menyaingi Khairy mahupun Salahudin Ayub, atau kita hanya mampu berdoa dan berdoa Allah akan memenangkan Islam, tanpa keseriusan agenda pembinaan kualiti kepimpinan world-class dan politician statesman dari rahim gerakan Islam itu sendiri, atau kita hanya terus berpuas hati dengan lahirnya ramai amilin dan murabithin, namun terus selesa ketandusan golongan pemimpin, pemikir dan pemidato yang berkesan mengubah emosi, persepsi dan aqidah rakyat ?

Kini bukan lagi masa untuk saya mahu pesimis dan kritis kepada Pas selepas YB Salahudin Ayub akan meninggalkan kerusi Ketua Pemuda Pas muktamar Pas akan datang. Tetapi ingin saya cabar diri saya bahawa "kamulah Khairy dalam gerakan Islam" tersebut. Ya, saya mahu membina persiapan sebelum umur 32 tahun (usia KJ melakar karier baru politiknya kini sebagai bakal Menteri Pelajaran paling muda, atau Perdana Menteri paling muda di Malaysia). Tuhanku, bantulah daku memenangkan Islam dalam era globalisasi maklumat ini.

dipetik dari blog ustaz syaari

Selasa, 10 Februari 2009

Ceramah Palestin


Tarikh : 12 Februari 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat:
Jln. Merbau, Bandar Putra Kulaijaya, Johor.
(berhadapan Sekolah Agama Bandar Putra)

Penceramah:
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
(Pesuruhjaya PAS Pahang)

Dijemput hadir beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan padu anda kepada saudara-saudara kita di Palestin.
"Hidup Islam...Hancur Zionis"
"Allahuakbar"

Ahad, 8 Februari 2009

Al-Fatihah buat Ahli Parlimen Bukit Gantang

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.

Difahamkan Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal pagi tadi.




Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Azim Mohd Zabidi dari Umno dengan majoriti 1,566 undi.

Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.
Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.
"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

sumber

akan ada pilihanraya parlimen dalam masa 60 hari ni.............

Khamis, 5 Februari 2009

Kemelut Perak : Rakyat masih sayangkn kerajaan Pakatan Rakyat


kemaskini 3.48pm Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah.

Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.



kemaskini 3.36pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.

Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

kemaskini 3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

kemaskini 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.

Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.

Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.

Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

kemaskini 2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap
"lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.

Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.

Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.

12.10pm Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

12.01pm Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

11.50pm Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

10.45am Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

9:40am Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.




Sabtu, 17 Januari 2009

Alhamdulillah...PAS menang!! Be End kalah!

Assalamualaikum...alhamdulillah,kemenangan dipihak kita.

baru selesai kenduri doa selamat pas isya' di rumah tadi, dlm pkul 9.30pm seorang sahabat di UPU pulau kambing, k.Tganu hntr msj
"alhamdulillah kita menang!!majoriti 2631..takbir!!"
bergetar jiwa rasa bila mndengarnya...ALLAHUAKBAR!!


fakta PRK P036 K.Tganu
Di Umumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya
P. 036 Kuala Terengganu

Hj. Mohamad Abdul Wahid Endut .
PAS : 32,883

Wan Ahmad Farid Wan Salleh
BN : 30,252

Azharudin bin Mamat @ Adam :
BEBAS : 193

Majoriti :2631
Undi Rosak :665
Jumlah Keluar Mengundi : 79.9%

tahniah buat semua Jentera PAS dan PR yang bersama-sama untuk bertungkus-lumus menjayakan kemenangan ini.

takziah buat YB HJ Mohd Abd Wahid Endut diatas beban amanah yang semakin bertambah dibahu untuk digalas. Moga sentiasa dipermudahkan urusan.


tak lama lepas tu dlm pkul 11.15pm, dpt msj drpd seorg sahabiah mmberitahu mereka dlm satu kereta dlm jalan keluar dari stadium negeri ditahan oleh polis dan diselongkar semua bahagian kereta,bendera PAS mereka dirampas...geram lak dgr,mcm pnjnayah lagak dibuatnye. Rupa-rupanya ramai gak pnyokong2 yg len ditahan polis dan dirampas bendera yg ada pd derang..subhanallah,pelik dlm hati nape teruk smpai cmgni skali diperlakukan polis kpd pas??
Xlame lpas tu,keluar statement :
Arahan terbaru daripada Tuan Guru Presiden kepada semua petugas dan penyokong PAS yang berada di sekitar Parlimen Kuala Terengganu supaya tidak mengibarkan bendera di jalan raya semasa menaiki kenderaan.
Baru faham..melanggar etika SPR Malaysia. Bese la,dh menang mesti lah sorak raikan kemenangan..ader saje salah yang dicari polis pd PAS nih. itulah yg dirisaukan oleh tok guru presiden..bgaimana nk pelihara akhlak ahli kita?satu kerisauan yg mndlm dari jauh sudut hati seorg tok ayah kpd 'anak2nya' yg ckup ramai.

Semoga dengan kemenangan ini akan lebih menyemarakkan perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat , memartabatkan ummah dan menobatkan keadilan serta kesaksamaan . Pastikan kita semua tidak terleka dengan ujian kemenangan yang sedikit ini .

Yakinlah bahawa perjuangan kita masih banyak perkara yang perlu kita selesaikan . Menuntut kesungguhan, pengorbanan dan kesediaan kita semua untuk turun ke medan bagi membawa risalah perjuangan Islam ini sehinggalah Islam dapat didaulatkan . InsyaAllah ..takbir!!
Allahuakbar..walillahilhamdu.


Jumaat, 16 Januari 2009

Selamat Mengundi buat pengundi PRK P036 Kuala Terengganu


Amanat Tok Guru Nik Aziz:
"Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."


PILIHAN raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini menjadi medan mengukur kemampuan fenomena Mac 2008 beralih ke Terengganu. Lebih 80,000 pengundi bakal merumuskan hala tuju politik negara seterusnya. Impak pilihan raya kecil ini cukup besar dan boleh merubah senario politik masa depan negara. Justeru, pengundi harus menggunakan kesempatan berharga ini dengan matang dan bijaksana.

Apa langkah terakhir calon dan petugas PAS lakukan menjelang hari mengundi Sabtu ini?

Langkah awal akhir ini tidak ada dalam Islam, kerana ia awal dan akhir selama-lamanya. Hidup kita di atas dunia ini bertengkar dengan nafsu. Dalam tubuh kita ada nafsu. Amarah, lawamah, mutmainah. Kita kena yakin kerja mengundi ini sebagai kerja agama. Ini kerana kerja memerintah negeri ini ialah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah tidak boleh memerintah sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah Taala. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah Taala. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah Taala dan bukan hamba duit dan sebagainya.


Kita perlu solat hajat?

Solat hajat kita perlu buat setiap masa. Tidak boleh bermusim, satu budaya orang kita bermusim ketika sakit, anak hendak periksa, hendak mengundi. Tapi tak apalah kalau tidak ada langsung baik kita buat.


Bagaimana situasi yang Tok Guru tengok terhadap kecederungan politik rakyat di Kuala Terengganu sekarang?

Pada hari penamaan calon saya pergi ke sama. Saya tengok kalau di tepi-tepi jalan nampaknya petugas PAS lebih rancak. Kegiatan Umno tidak nampak sangat. Cuma di sesetengah tempat mereka ghairah dengan poster. Hari itu tidak nampak sangat kegiatan Umno, jadi kita harap perkara itu biarlah berterusan.

selanjutnya..

Khamis, 25 Disember 2008

Kursus Kewartawan bersama Ahmad Lutfi Othman




Alhamdulillah..Pas Negeri Johor di bawah Unit ICT Pas Johor telah menganjurkan Kursus ICT dan Kewartawanan di Pejabat Pemuda Negeri di Simpang Rengam, sempat ke sana bersama 3orang sahabat lain..dapat lah sedikit ilmu dan skill cmne berblog dan jd wartawan.