.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

Khamis, 10 September 2009

Masih Ada Lagi...

Mendamba cahaya

Mejanya yang tampak berselerak dikemas2kan, agar nampak cantik tersusun. Lalu pantas tangannya mencapai tafsir al-Quran kecil dan membelek-belek helaian demi helaian mencari surah yang ditangguhkan dalam tadabburnya usai subuh tadi, mencari dan mencari,jumpa. Teringat dia akan pesanan ustaz nazrim dalam usrah minggu sudah, jangan sia-siakan waktu yang berlalu dalam ramadhan tanpa diisi dengan ilmu atau zikrullah. Lalu dia menyimpulkan, tadabbur al-quran juga satu zikrullah.

Dia membelek-belek lagi ayat sebelumnya yang telah dibaca, mengamati satu-persatu ayat-ayat dalam surah Hud, juzuk 12 itu untuk kembali mentadabburinya. Ya,tadabbur. Bukan sibuk berlumba-lumba tadarus al-quran sebanyak yang mungkin untuk cepat khatam tapi adalah menghayati maksud ayat,kisah-kisah dan pengajaran didalamnya. Bukankah itu lebih baik. Bukan beliau tidak bersetuju dengan style cepat khatam, ramadhan lepas pun dia demikian juga,berjaya khatam dua kali dlm sebulan. Tapi teguran daripada naqibahnya pada awal ramadhan tempoh hari betul-betul membuatnya terpukul.

“Kita kata merindukan ramadhan, tetapi bila dah bertemu dengannya, tiada langsung perbezaan antara ramdhan kita yg sudah dengan ramadhan kali ini. Tiada langsung kita memperbaiki hubungan antara ‘kekasih’ kita ini, kita hanya masih sibuk lagi dengan matlamat cepat khatam kita. Tiada langsung peningkatan. Padahal pada bulan kelahiran al-quran ini lah masanya untuk kita rasa lebih dekat,lebih mengenali siapa dia al-quran. Bagaimana cara? Hayatilah sifatnya..fahami maksudnya yang tersurat, yang tersirat, pengajaran kisah-kisah umat terdahulu, nikmat syurga azab neraka dan macm2 lagi. Bukankah itu lebih baik?? ”

Aduh,terhantuk dia dibuatnya.. Kak Irene naqibah kesayangannya memang bijak mencari sudut untuk tarbiah mgikut peringkat kemampuannya. Ada saja kata-kata yang buat jiwanya terisi. Tika dia baru kenal al-quran di rumah jemaah dulu,kak irenelah yg cabar untuk lumba siapa paling banyak bertadarus. Kemudian,siapa paling bnyak hafaz. Sekarang ni pula, lain jadinya. Tapi cepat dia rasionalkan,pasti ada hikmah yg besar disebaliknya. Cepat2 dia memujuk hatinya usah terlalu merungut. Redha Allah itu yang penting. Teguran lafaz tutur kak Irene yang lemah lembut berisi pedas itu dia hadam cepat2 dan terus amalkan. Yang penting, nur Al-Quran itu yang didambakannya.

Dia masih khusyu’ menghayati kisah kaum tsamud dan ‘ad dalam surah hud itu. Azab allah yang dasyat ke atas umat-umat terdahulu asbab ingkar atas seruan untuk beriman pd allah yang diajak oleh nabi, membuatnya terasa gerun. Dia tenggelam dalam khusyu’ menghayati kisah-kisah nabi itu.

Sedang hanyut dalam alunan kalam rabbi, tiba-tiba intercom diatas mejanya berbunyi

“Nafisah” bunyi suara daripada intercom

“ye tuan haji?” balasnya. Ya Allah, bila pulak tuan haji masuk ni, camane boleh tak perasan pulak,cepat pulak ari ni,selalu lambat masuk kalau pas zohor…cetus hatinya.

“kalau dah selesai mengaji, tolong hantarkan benda yang saya mintak pagi tadi ye.”

“baik tuan haji, sebentar lagi saya hantar” ish,malunya…tn hj nampak pulak tadi. Kemerahan mukanya menyingkap malu keseorangan.

Hajatnya untuk meneruskan pentadabburannya ditangguhkan, menyemak kembali semua perkara yang diminta oleh majikannya pagi tadi untuk diserahkan. Dia masih cuba menenangkan diri, menahan malu yang belum sudah. Kebiasaan, jika selepas zohor majikannnya itu masuk pejabat pada pukul 2.30ptg, tapi kali ini belum pukul 2ptg dah masuk ke pejabatnya. Tak perasan pulak tu. Mahu terperanjat besar dibuatnya.


MERINDUI AISYAH

“Assalamualaikum, boleh saya masuk?”

“Wsalam, ya silakan. Maaf lah tadi menganggu awak tengah mengaji.”

“Owh, tidak mengapa.” Dia melakukan perkara biasa setiap kali masuk dalam pejabat majikannya ini. Menarik tirai yang menutupi cermin. Azri yang sudah masak dengan perangainya membuat endah tak endah sambil meneruskan catatannya.

“Tn hj, ini fail-fail yang tn hj mintak tadi, semua laporan unit-unit ada dalam tu. Dan ini semua surat yang perlu ditandatangan, sekadar mengingatkan kalau boleh tn hj semak dulu ye sebelum turunkan tandatangan untuk diluluskan.”

“Ye..insyaallah, terima kasih. Ade lagi yang lain?” Tanya Azri yang masih dalam keletihan baru kembali daripada dua mesyuarat yang berturutan sejak pagi tadi. Sejuk hatinya bila melihat pekerja nya mengamalkan bacaan quran.

“Yup,ade. Ok, ini semua list meeting yang tn hj perlu hadiri minggu ni, minggu depan dan sebulan yang akan datang. Cuba semak dulu.”

Sambil mendagu kepala “Subhanallah…banyaknya. Padat jadual saya minggu ni. Yang mana meeting tak memerlukan tak payah saya ada rasanya kot…kalau hari2 meeting migraine saya dibuatnya nanti. Awak potong je la mana2 yang patut. Sampai meeting projek kecil pun masuk sekali. Kalau saya ada pun saya duduk dengar je nanti, bukan diberi peluang cakap pun. Potong jer!” Penat belum hilang, ditambah lagi dengan bebanan yang beban.

“Masyaallah…maafkan saya ye tuan haji.” Nafisah duduk dan memandang majikannya.

“ kan tn hj selalu cakap, setiap amanah yang diberi kita perlu bertanggungjawab, hatta perkara yang sekecil2nya pun perlu diambil kira, itulah sikap seorang ketua atau leadership. Nanti kelak Allah tanya,apa kita akan jawab jika kita lalai dalam amanah yang diberi. Itu yang selalu tuan haji ingatkan kami, takkan tn hj dah lupa?hehe…” Sambil tersenyum dia menyambung “tuan haji, Allah tidak membebani seseorang melainkan yang terdaya olehnya” Lafaznya tenang.

Tersentak sebentar.
“Astaghfirullah…ye ke?saya ada cakap mcm gitu ye?” Sambil menggeleng “teruji saya dibuatnya. Betullah apa yang selalu orang cakap, kita akan diuji dengan apa yang kita sampaikan.” Keluh azri melepaskan nafas panjang…

“Erm..betul tu. So,tn hj tgk dulu ye semua list meeting tu,saya dah susun ikut keutamaan. Ok last sekali, ini action list untuk perhatian selanjutnya daripada tuan haji dan yang ini 10 perkara yang perlu tindakan segera tuan haji.”

“Lepas tu, ini ada sikit risalah untuk bahan bacaan tn hj kalau ada kelapangan, saya ambil kat masjid sebelah masa zohor tadi. Ok tu saje, ada apa yang lain lagi yang boleh saya bantu?” Tanyanya senyum menanti jawapan daripada majikannya.

Azri alhakim membaca dan membelek satu persatu item yang perlu diselesaikan yang disenaraikan setiausahanya. Dia membaca sekali lalu risalah nur Qalb yang dilampirkan bersama. Hatinya tiba2 menjadi tenang..kepalanya yang kusut terasa lapang, terasa bebannya ringan sekejap, terasa batu besar yang menghempapnya hilang, terasa ada seseorang yang memahami beban kerjanya, terasa seperti ada seseorang sudi berkongsi masalah dengannya. Kehadiran nafisah betul-betul membuat dirinya terasa senang. Hatinya berbunga-bunga. Oh, alangkah bahagianya diri. Dia termenung sebentar menikmati ketenangan dan menghayati kebahagiaan yg tercipta..

“tuan haji?”

Sambil tersenyum lebar. “Alhamdulillah…terima kasih banyak2. tu saje rasanya, takde pe lagi..kalo ada nanti saya panggil awak ye.”

“Ok. Sama2. kalau begitu, saya keluar dulu ye. Same2 Ikhlaskan niat” bingkas nafisah bangun untuk beransur.

“Err..kejap. maaf, boleh saya tanya sesuatu?”

“Boleh tn hj, Tanya apa tu ye?” kembali duduk.

“Kenapa awak buat semua ni untuk saya?”

Dahinya mengerut kehairanan, “ha,apa maksud tn hj?”

Senyap sebentar, Azri cuba menyusun ayat di benak fikirannya

“Ye lah, awak listkan semua perkara yang perlu saya buat, awak susun jadual kerja saya, awak ingatkan saya itu, ingatkan ini…padahal saya boleh buat sendiri semua tu. s/u saya sebelum awak masuk takde pun buat semua ini untuk saya. Dan yang sebenarnya saya gajikan awak adalah untuk jadi setiausaha syarikat, bukan setiausaha peribadi saya. Awak bekerja untuk syarikat, bukan berkhidmat untuk saya.”

Azri al-hakim menuntut respon dari nafisah, gadis graduan bertudung litup, setiausaha yang baru berkhidmat sebulan di syarikat konsultannya ini.

“Awak tahu, banyak perubahan yang awak bawa pada pejabat ni, (hingga aku juga turut terubah)” bisik hati kecilnya.

“Err..salah ke saya buat semua tu? Maaf lah, saya cuma buat yang terbaik.”

Nafisah dirudung rasa bersalah kerana cuba membuat angin baru dalam syarikat majikan barunya ini. Dia tidak tahu apa yang patut dijawab. Tunduk membisu.

“Eh, apa pula, bukan tu maksud saya, tak salah pun. Sebenarnya baguslah, awak lakukan perkara yang betul.” Balas azri dengan nada meleret sambil tersenyum kambing “Err..tapi itulah,cuma..”

Terhidu sesuatu daripada nada bicara majikannya itu,dia terasa tdak selesa. terus dia memotong,

“Maaf ye tuan haji, boleh saya jelaskan sesuatu yang patut saya selesaikan..” dia cuba manfaatkan peluang yang ada.

“ingin saya katakan bahwa saya ada prinsip kerja saya sendiri. konsep orang mukmin itu, bila diberi sesuatu tanggungjawab dia perlu bersungguh-sungguh melaksanakannya, perlu ikhlas dan dengan niat yang satu, dan segala ganjaran balasan diserahkan kepada allah” Jawabnya tegas.

Hening sebentar suasana pejabat CEO itu. Nafisah tahu, dia perlu perjelaskan kepada majikannya ini pendirian dirinya sebagai seorang muslimah, dan bagi memperjelaskan lagi kontroversi yang melanda dirinya yang heboh dikalangan rakan sekerja konon dia cuba memikat majikan muda ini.

Dia menambah, “Dan semua ini, saya lakukan mengikut peranan jawatan yang diberi, ibarat pembantu kepada ketuanya semata-mata. Lantaran melihat amanah ketuanya yang berat, maka seorang pembantu perlulah memahami keadaan ketuanya dari sudut pengurusan waktu, urusan tenaga, persekitaran atau sebagainya dalam perkara berkaitan syarikat, yang mana mudah2an yang demikan dapat membantu seseorang ketua itu untuk mentadbir dengan baik anak-anak buahnya sekaligus melancarkan urusan syarikat. Bukankah itu akhirnya akan melahirkan satu hubungan yang baik antara majikan dan pekerja?bila dah baik dan saling memahami, maka pasti segala urusan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut waktu yang ditetapkan. Itulah yang sebenarnya konsep dalam suasana kerja yang boleh kita selitkan nilai-nilai agama. Mengapa saya lihat ada pihak yang memandang sempit tentang perkara sebegini?apakah ada salah disitu?” Ujarnya panjang lebar. Ya, memang itu pendiriannya. Awal2 lagi sebelum lapor diri dia sudah pasang niat, ikhlaskan diri untuk bekerja, dan taat pada ketua selagi bukan maksiat. Dia cuba mencontohi satu hadis nabi pada keyakinan menawan kota konstinaple, akan dapat ditawan oleh pemerintah yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Dia cuba mengaplikasikan dalam kehidupan kerjanya,apa salahnya dia menjadi antara elemen yang dapat menghasilkan produk diri yang baik melalui syarikat mengikut konsep hadis nabi itu. Niatnya sudah bulat, kalau perlu dia bantu ketuanya untuk menjadikan sesuatu yang baik, maka itulah yang akan dilakukannya. Dia yakin dan pasti akan janji Allah. (al-maidah:2)

Azri terasa kagum dengan hujjah dari setiausahanya ini. Dan sememangnya dia kagum dengan gadis ini. Kagum dengan akhlaknya, batas syariatnya, pendiriannya. Gadis ini sentiasa cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya, tetapi dalam masa yang sama cuba mencover dengan perkataan manisnya agar orang tidak berkecil hati dengan tindakannya. Memahami bahaya berdua-duaan dan cuba sesuaikan dengan situasi kerja, masuk dalam pejabat majikannya ini pun dia tarik tirai naik agar orang lain nampak dari luar cermin apa yang berlaku didalam. Apa tidak pelik jika ada orang buat sebegitu?tapi dia tak canggung menjelaskan kepada semua pekerja mengapa tindakannya sebegitu, membuat semua orang faham. Pernah dia diberi amaran oleh nafisah, jangan sekali-kali melakukan perkara yang menghilangkan kepercayaannya terhadap ketuanya yang dia hormati. Dan dalam percakapannya,ada saja unsur nasihat yang diselitkan bersama. Yang paling azri kagumi, nafisah sungguh peramah dan berani membentangkan sesuatu dengan yakin dihadapan walau dewan yang dihadiri majoritinya kaum lelaki. Jarang sekali azri melihat seorang muslimah berjubah bertudung litup punyai keberanian sebegitu. Namun bila keseorangan tampak pemalunya yang amat. Sungguh, dia memang seorang yang menjaga agamanya. Dan tampak diwajah redupnya segunung keikhlasan.

“Ya, benar. Laksanakan tugas mengikut peranan dan memahami keadaan ketuanya, saya bersetuju dengan awak. tidak, tiada salahnya pun, bahkan awak adalah benar. Saya cuba bertanya saja tadi. Takpe lah, saya faham apa yang berlaku antara awak dan pekerja yang lain, saya telah dimaklumkan. Awak anggap saja itu cabaran untuk awak. Dan kalau boleh jika berpeluang, jelaskanlah pada mereka pendirian diri awak, itu adalah lebih baik daripada hanya berdiam diri tunduk menelan fitnah yang berlaku.”

Terperanjat. “tuan haji maklum pasal benda yg dihebohkan tu? ah, malunya saya. Maaf tuan haji, saya langsung tak berniat sebegitu. Bahkan jauh sekali”

“Tak pe, saya kenal awak bagaimana. Saya yakin dengan awak. Mustahil awak sebegitu.
Dan maaf saya nak bertanya sedikit lagi,”

“ ? ”

“Awak dah punyai jodoh? Maksud saya awak dah dimiliki org belum atau awak punya pilihan hati sendiri?” Azri cuba menyingkap makhfi, seolah-olah melupakan isteri dan anaknya dirumah.

Nafisah tidak membuang masa “Maaf tuan haji, ini perkara peribadi, tiada kaitan dengan urusan syarikat. tidak patut untuk tuan sibukkan kepada saya. Namun sebagai jawapan, bagi saya, biar Allah yang tentukan, saya hanya berserah, Allah akan beri jalan, saya yakin dan pasti. Maaf,jika tiada apa2 lagi saya keluar dulu.” Balasnya tegas.

Azri terdiam…Cuma mengangguk membenarkan nafisah undur diri.

Selepas menurunkan semula tirai yang dibukanya tika masuk ke bilik majikannya tadi, laju nafisah berjalan keluar menuju ke mejanya. Dadanya berombak, menahan rasa gugup yang datang selepas dia menjelaskan panjang lebar kepada Hj Mohd Azri Al-Hakim bin Jofrey, majikannya yang berkedudukan sbg ketua pegawai eksekutif (CEO) Senyum Creative Sdn Bhd. Bukan calang-calang orang baginya. Berpengalaman, beza 12 tahun umur dengannya. Namun dia merasa lega, bilamana dia dapat melepaskan apa yang dipendamnya, melafazkan kebenaran yang nyata. Itulah salah satu sifat tokoh yang diunggulinya. Saidatina aisyah r.a. dia memang mengagumi wanita kesayangan nabi ini. Banyak sifat aisyah yang cuba untuk ditirunya, dia seronok berbuat begitu. Sungguh dia bersyukur kerana pernah hidup dalam suasana tarbiah ketika zaman belajar dulu, benar-benar melatihnya erti kehidupan. Senyum terukir,memuji dirinya yang semakin positif. I like it.

Azri masih lagi termenung. Masih ada lagi perempuan sebegini,yang berani menyatakan kebenaran. Bisik hatinya. Dia masih lagi rasa bersalah atas perlakuannya tempoh hari cuba mengusik lap top peribadi nafisah tika nafisah tiada. Dia teringat, melihat gambar gadis itu menunjukkan jari tanda satu, seolah mengatakan sesuatu, dia lihat dihujung nama file gambar itu tertera, “ALLAHU AHAD” allah yang esa. Subhanallah,terus dia tidak berani mengusik lagi barang peribadi gadis itu. Bergetar jiwa azri melihat tegas gambar itu. Dia terasa bersalah selagi tidak menceritakan dan mintak maaf kepada nafisah sendiri. Sungguh, muslimah ini terpelihara,seolah2 ada penjaga, apa rahsianya. Cetus hati azri. Dia membelek2 lagi risalah yang diberi tadi, dia membaca satu firman allah

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” (An-nur:30)

Azri termenung sebentar…menginsafi diri. Beristighfar. Melihat sikap nafisah itu, membuatnya terasa malu sendiri. Terasa tidak berakhlaknya aku. Orang perempuan pun tahu malu, kenapa aku sebagai lelaki yang diangkat menjadi ketua ini tidak sebegitu? Sungguh, akhlak yang baik itu memberi kesan yang lebih dalam dari kata-kata yang tidak dipraktikkan. Ya allah, akhlaknya akhlak al-quran.....


MASIH ADA LAGI

Nafisah masih setia duduk di kerusi setiausahanya itu,cuba menyemak kembali semua kertas kerja yang diberi kepadanya sebelum dia serahkan kepada bos nya. Sempat dia memerhati sebentar label nama nya pada papan sticker di atas meja
“SAIDAH NAFISAH BT SUHAIMI’’ dan dibawah tertulis “SETIAUSAHA SC S/B’’.

Terasa bangga dalam dirinya,bangga dengan namanya. Mak nya berkata nama itu diambil sempena nama wanita sufi keturunan nabi. Dia tersenyum.

Tiba-tiba ym laptop nya berbunyi, ada msj masuk

azri_hakim : salam, boleh tanya lagi?

Saidah_nafisah : ya, Tanya ttg apa ya tuan haji?

Azri_hakim : dimana awak belajar semua ni?

Saidah_nafisah : belajar apa tu ye?

Azri_hakim : sy yakin diploma yg awak dpt hnya ajar ilmu-ilmu tentang benda2 perkara yang ada dibuku je.

Saidah_nafisah : ya, kemudian?

Azri_hakim : sy trus straight to the point jer la senang. Cmne awak bina diri awk sehebat ini?dari mana awk dpt latihan sebegini?

Saidah_nafisah : Alhamdulillah,smua ni sy dpt dn bljr tika hidup berjemaah di institut tarbiah yang saya duduki.

Azri_hakim : hidup brjemaah? awak belajar dimana dulu ye?

Saidah_nafisah : ya,hidup berjemaah.

Azri_hakim : owh,subhanallah. Boleh saya tahu, apa jemaah awak itu masih ada lagi sekarang?

Saidah_nafisah : insyaAllah,masih ada lagi. Selagi DOSA DAN MAKSIAT tidak menjadi amalan pimpinan dan ahli jemaah tersebut, maka pasti jemaah itu akan hidup berterusan bersinar menerangi bumi khalifah ini,sehingga hari kiamat. Ok,wallahualam.

Pantas nafisah menukar status offline pd ym nya, dan meneruskan kembali kerjanya.

“Tiada lagi pertolongan allah jika dosa dan maksiat mnjadi amalan, ia akan menjauhkan daripada rahmat dan hidayah Allah.” Kata-kata daripada amirnya itu dulu, masih lagi tersemat di dadanya sehingga kini. jauh disudut hatinya merasa rindu akan tempat dia ditarbiah dulu,detikperalihannya. Sempat dia berdoa sebelum kembali pada tugasnya,

“ya allah janganlah kelebihan yang kau kurniakan kepadaku menjadikan orang disekelilingku sesat dan jauh dari hidayahMu, jadikan lah tempat ku berkhidmat sbg tempat untuk bertambah2 amalanku pd mu, wahai maha penyayang.”


bersambung....

pemuda_senyum

21 ramadhan1430H


Rujukan

-kesan dosa dalam hidup –ibnuQayyim

-tafsir al-quran

-novel selamat tinggal duniaku-ustaz ashaari

-kuliah bersiri masjid senai



Rabu, 9 September 2009

Siapalah aku..

Alunan bacaan surah al-baqarah oleh imam ramli semakin mendayu-dayu. Para jemaah masing-masing hanyut dalam keindahan lantunan ayat yang dibacakan. Khusyu’, tunduk, terasa kerdil dgn kebesaran Allah. Mendengarkan ayatNya saja sudah terasa betapa jiwa ini hanya hamba, apatah lagi jika menghayati maksudnya…aduh, apalah yang ada pada diri ini disisiNya, sungguh, sungguh terasa keagungan al-‘azim.

Rakaat terakhir tarawikh, para jemaah masih lagi setia berdiri berjemaah bersama imam hafiz itu. Amin juga masih setia bersama jemaah dlm saf pertama. Tidak akan sekali-kali dibiarkan malam-malam ramadhan dibiarkan berlalu sahaja tanpa terawikh, itu salah satu azamnya pada bulan barakah kali ini, tidak sekali-kali. Dia yakin janji Allah, akan dua cahaya diberi kepada mereka yang menghidupkan ramadhan..cahaya puasa dan cahaya alQuran. Dia pegang kemas, bersungguh meyakini merebut maksud hadis nabi itu. Kalau mampu aku nak khatam a-Quran dalam terawikh brsama imam hafiz ni, itu pintanya.

Suara imam ramli masih lagi mendayu-dayu. Amin cuba menghayati alunan surah itu. Berbekal sedikit kefahaman arab yg pernah dipelajari disekolah dulu, dan ketekunan mentadabbur ayat-ayat surah al-baqarah sebelum ini, dia cuba memahami ayat yang dibacakn. Kisah nabi diuji, kisah kedegilan bani israel, gambaran syurga neraka.......hanyut dia dalam kisah-kisah itu, hanyut menghayati dayuan suara imam ramli. Luluh hatinya, bergetar jiwanya terperosok dlm kehinaan seorg hamba. Fikirannya masih lagi menerawang dalam ayat al-baqarah itu. mmbiarkan masalah yang dihadapi, melupakan hal-hal pimpinan, program, assigment dan mcm2 lagi yang mengusutkan. Dia hanyut dan terus hanyut dalam ketenangan ayat-ayat Rabbi ...

Tiba disatu ayat, dia tidak dapat menahan lagi air matanya.....

“.....Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)...” (2 : 214)


Bergetar-getar badannya menahan sedu, mmbiarkn air matanya mengalir deras di pipi. Terasa dia bagaikan ayat itu ditujukan kepadanya....mengutuk sikapnya yang seringkali merungut,pemarah,tak boleh sabar, yg tak tahan dengan masalah yg dihadapi dlm pmpinan, seolah2 merasakn tak layak utk dia mndapat masalah sebegitu dan mcm2 lagi perangai yg dia rasekan itu bukan yang baik.... ya allah....siapalah aku disisiMu.. Amin hanyut lagi mengenangkn dosanya.

“.....boleh jadi kamu tidak menyenangi kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (2:216)


Lanjutan ayat bacaan imam hafiz itu terasa seolah-olah seperti Allah memujuknya. Menuntutnya untuk redha atas setiap keluhan.

Bersambung.......

Isnin, 27 Oktober 2008

Padah Buruk Sangka

Malam itu gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat berakibat sakit.

“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.

“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.

“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.

“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.

“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira

....................................................................

Malam itu gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat berakibat sakit.

“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.

“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.

“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.

“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.

“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.

“Meong....” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.

“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga lumbung padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.

Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”

Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.

Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.

Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.

Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.

Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.

Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.

Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.

Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong...., ngeong...., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.

Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang....! Harun bang....!”

Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.

“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun.... anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.

Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”

Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong....” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.

Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.

Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan. Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.

Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

cite best dari PadahBurukSgka