Selasa, 16 November 2010
Sabtu, 16 Oktober 2010
Bagaimana Aku tidak menyembahMu

Bagaimanalah tidak aku menyembah-Mu
Sedangkan aku hamba-Mu
Sedangkan kewujudanku tanpa dipinta
Ia adalah dengan iradah-Mu yang mempunyai hikmah
Bagaimana aku tidak mengagungkan dan membesarkan-Mu
Segala yang aku lihat menggambarkan kebesaran-Mu
Bagaimana aku boleh melupakan-Mu, kasih sayang-Mu dapat kurasa
Ia berlaku setiap masa dan waktu
Bahkan turun naiknya nafasku itu salah satu kasih sayang-Mu
Tuhan!
Bagaimanapun aku adalah hamba
Engkau pun tahu, di antara-antara sifat-sifat hamba itu terlalai dan terlupa
Cuai dan terleka
Kerana itulah aku selalu sahaja memohon ampun kepada-Mu
Cuai dan lalai pasti berlaku kepadaku
Lupa dan leka terjadi selalu
Di sinilah diharapkan dengan rahmat-Mu, lupakan sahaja kesalahanku
Janganlah sampai Engkau bertindak ke atasku..
Rabu, 7 Julai 2010
Syukur 23

terima kasih buat keluarga, teman dan sahabat semua atas ucapan selamat hari lahir dn tak kurang juga yg mndoakan ku panjang usia etc. tapi,yg paling buat aku tersentuh bila dpt msj dr seorang shbt, yg bagi ucapan, " sesungguhnya bertambah umur itu semakin pendek kehidupan kita didunia ini,dan smakin dekat kita dgn alam kehidupan slpas mati.mg diberi kekuatan utk bekalan amal di'sana'. allahuakbar...mndalam sungguh maksud nya.
Umur adalah nikmat di antara nikmat yang besar yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala kepada manusia. Nikmat umur ini tinggi nilainya dan tiada tandingan baginya. Dengan nikmat umur ini memberi kesempatan untuk kita menikmati perkembangan dunia dan dapat pula beramal dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Apa yang menjadi persoalan kita ialah bagaimana manusia memanfaatkan usia yang masih berbaki ini. Hakikatnya, menurut pandangan Islam, usia sebagai suatu saham kerana manusia akan memperolehi samada kebaikan atau keburukan di akhir kehidupan nanti yakni di alam mahsyar berpandukan kepada usia yang digunakan.
Menurut sebuah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:-
Maksudnya: Daripada Abi Bakrah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, katanya: Wahai Rasulullah manusia bagaimanakah yang baik sifatnya? Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya. Lelaki itu bertanya lagi: Manusia bagaimanakah yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya. (Riwayat Imam Ahmad).
Dalam hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa umur itu hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana jika kita tidak bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala, maka kita tidak akan melihat usia kita sebagai amanah Allah Subhanahu Wataala, sebaliknya mengambil kesempatan melakukan apa sahaja untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu tetapi bagi kita yang sedar bahawa usia itu amanah Allah Subhanahu Wataala, maka kita akan memberikan tumpuan ke arah jalan yang baik dan beramal soleh maka di sini bermakna kitalah yang menentukan buruk baik amalan dalam meniti usia kita.
Memandangkan betapa berharganya usia itu kepada manusia, maka itulah sebabnya agama Islam sangat menitik beratnya supaya manusia memahami dan mengetahui yang usia itu adalah amanah daripada Allah Subhanahu Wataala.
Suatu hadith lain menjelaskan, daripada Abi Burdah Al-Aslami, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bahawa setiap anak Adam tidak akan berganjak tapak kakinya dari kanan ke kiri, depan ke belakang sehingga Tuhan bertanya empat perkara:-
1. Tentang usia bagaimana dihabiskannya.
2. Tentang harta dari mana dan ke mana dihabiskannya.
3. Tentang ilmu, apakah yang dimanfaatkan dengannya.
4. Waktu bertenaga, bagaimanakah dihabiskan tenaga itu.
Di dalam makna hadith yang baru dibacakan tadi, dua perkara yang perlu kita fikirkan ialah:-
Pertama: Soal umur, kita akan disoal dan dipertanggung jawabkan mengenai usia kita bagaimanakah kita menggunakannya. Jika kita menghabiskan usia dengan perkara yang baik, maka kebaikanlah yang kita akan nikmati, sebaliknya jika kita menghabiskan usia kita dengan melakukan keburukan maka keburukanlah yang akan diterima.
Kedua: Mengenai tenaga, ini juga melibatkan usia, oleh itu selagi kita dipanjangkan usia dan masih bertenaga, maka gunakanlah tenaga itu dengan baik bagi mendapat kebaikan. Janganlah pula usia dan tenaga itu disalahgunakan bagi melakukan perkara mungkar.
Dalam hal umur ini, patutlah kita bertanya kepada diri kita, apakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita dalam meniti usia kita yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala? Kita harus ingat, orang yang dipanjangkan usia, haruslah mengambil iktibar terhadap orang lain yang tidak dipanjangkan usianya. Mudah-mudahan akan dapat menyedarkan diri kita supaya akan mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala dan sentiasa bermohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya usia kita diberkati.
Jika kita merenung usia kita yang panjang, setentunya tidak sama lagi dengan keadaan semasa muda kita, maka ketika itulah kita akan menyedari bahawa usia itu sudah sampai penghujungnya. Alangkah eloknya kita memperbanyakkan taubat dan mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala.
Ingatlah wahai kaum muslimin sekalian, bahawa Allah Subhanahu Wataala memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan umur ke arah kebaikan maka janganlah disia-siakan umur kita yang masih ada dan kerjakanlah segala suruhannya dan tinggalkanlah segala keburukan dan kemungkaran untuk bekalan di akhirat kelak mudah-mudahan kita tergolong daripada orang-orang yang beroleh kemenangan dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala di akhirat nanti. Mungkin ketika muda kita tidak melakukan kerja yang baik, jadi alangkah indahnya umur yang masih ada itu digunakan untuk mendapatkan semula kebaikan yang tidak diperolehi ketika muda.
Hal ini telah pun digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim dan Imam Al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma yang bermaksud:
Pergunakanlah lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempitan: Pergunakanlah kesempatan sihatmu sebelum datang sakitmu. Pergunakanlah kesempatan lapang mu sebelum datang masa sibuk mu. Pergunakanlah hari mudamu sebelum datang hari tuamu. Pergunakanlah kesempatan waktu engkau kaya sebelum datang kemiskinanmu. Pergunakanlah kesempatan masa hidupmu sebelum datang saat kematianmu.
Maksudnya: “Dan peliharalah diri mu dari azab yang terjadi pada hari yang kamu semua dikembalikan kepada Allah, kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakan, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya.”
selamat ulangtahun kelahiran buat diriku.
buat semua,doakan ku.
Ahad, 16 Mei 2010
Ahad, 28 Mac 2010
Halal yg HARAM??

Mari mengimbau masa silam..
Keputusan jemaah menteri mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya menyediakan satu kertas cadangan untuk menyelaraskan peraturan dan prosedur persijilan halal di negara ini amat dialu-alukan. Ini kerana, sebelum ini peraturan sedia ada mengenai pengeluaran sijil serta penggunaan logo halal dibuat oleh pihak berkuasa negeri dan ia tidak selaras antara satu sama lain..Kini..
Perkemaskan pengeluaran sijil halal, Utusan Malaysia, 28 Mac 2003
Hanya satu sijil dan logo halal akan digunakan di negara ini dan ia dikawal serta dikeluarkan oleh Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, penyeragaman sijil dan logo halal oleh Jakim itu akan memudahkan masyarakat mengenal pasti sijil halal sah dikeluarkan Jakim dengan yang palsu.Akhirnya setelah hampir 7 tahun memerah otak dan menitiskan peluh, Malaysia telah berjaya melakukan apa yang sepatutnya.
Hanya satu logo halal, Harian Metro, 27 Februari 2010
Awas awas dan awas, perenggan di bawah ini pula adalah spoiler bagi berita yang mungkin akan terbit di dada-dada akhbar dalam beberapa tahun lagi. Tolong hentikan membaca kalau anda lebih gemarkan kejutan!
Kerajaan akan merangka satu pelan yang lebih drastik bagi menghukum syarikat yang sewenang-wenangnya memalsukan logo dan sijil halal. Jakim telah mencadangkan agar logo halal pada produk makanan diwajibkan dalam bentuk pelekat hologram agar ia tidak mudah dicetak rompak.Ok, jangan jadi lurus bendul tentang sedutan berita bertarikh 1 Jan 2020 itu.
Logo halal bakal jadi lebih canggih, inilah bukti Malaysia Boleh!, Berita Harian, 1 Jan 2020
Sesuatu yang Kurang Pada Logo Halal Jakim
Saya naik takjub apabila membaca berita tentang penyelarasan satu logo halal sahaja selepas ini. Saya mendapati antara isi yang cuba ditekankan ialah dengan mempunyai satu logo yang seragam, masalah logo palsu dapat dibanteras dengan jayanya. Ini apa yang disebut oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom:Anda bayangkanlah, di zaman ini, semuanya boleh dipalsukan. Duit boleh dipalsukan, kad pengenalan pintar boleh dipalsukan, serta identiti diri anda juga pun mudah dipalsukan. Hatta, lelaki pun boleh dipalsukan menjadi wanita; sampai kita sendiri pun boleh naik keliru sama ada awek cun bergetah yang kita lihat di Lorong Haji Taib itu benar-benar tulenkah dia? Atau bahagian yang bergetah itu cuma sekadar silikon untuk mengaburi nafsu kita? Oops, tapi saya tidaklah suka-suka lalu di situ.Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan, elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan...
...ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan. Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab.
Justeru, bukankah itu semua sudah cukup sebagai satu amaran bersifat common sense bahawa logo halal Jakim adalah sangat mudah dipalsukan? Bukan susah pun untuk melakukan replika logo tersebut di Photoshop, sedangkan yang lebih kompleks pun kita boleh melakukannya dengan mudah!
[Edit 4/3/2010]: Contohnya telah pun berlaku dalam kisah 'Mamak' pucat lesi:
Menurutnya, sebaik tiba ke restoran terbabit, pegawai Jakim dan KPDNKK mendapati tiga logo halal Jakim disyaki palsu sengaja diletak di tiga penjuru restoran berkenaan yang diuruskan peniaga bukan Islam.Maka cara paling afdal adalah dengan mempertingkatkan lagi mutu dan keupayaan SMS Halal yang dibangunkan oleh Jakim. Saya mendapati sistem ini masih mempunyai beberapa kelemahan utama.
Seorang penyelia restoran yang disoal siasat bagaimanapun berpura-pura mendakwa restoran terbabit ditauliahkan sijil halal Jakim, namun gagal membuktikan atau menunjukkan sijil berkenaan.
"Lelaki terbabit sebaliknya memberi alasan sijil halal Jakim berkenaan kini disimpan pemilik syarikat yang sedang berada di Kedah atas alasan mempunyai urusan perniagaan," katanya.
SMS Halal - Hantar ke 32728Sila lihat keratan akhbar ini dan berikan tumpuan kepada petikannya di bawahnya:

...pengguna hanya perlu menghantar SMS ke 32728 dengan menaip kod bar barangan yang menggunakan Global Standard 1 (GS1)...Kalau mengikut apa yang saya faham, semakan boleh dibuat dengan kod bar ATAU nombor rujukan permohonan sijil halal Jakim bagi yang tiada GS1. Namun pemahaman saya mungkin juga salah kerana laman web Halal Malaysia gagal mendokumentasi perkara ini dengan sebaiknya, bahkan apabila membuka bahagian SMS Halal itu, ia seolah-olah hanya menekankan bahawa semakan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kod bar SAHAJA. Sila ambil perhatian bahawa, sistem yang diperkenalkan semenjak September 2005 ini (bermaksud sudah hampir 5 tahun), masih mempunyai dokumentasi yang cacamarba.
...bagi produk, premis atau rumah sembelihan yang tidak mempunyai nombor GS1, Jakim akan menggunakan nombor rujukan permohonan sijil halal Jakim untuk didaftarkan melalui e-Halal...
Apa pun, katakan pemahaman saya itu benar. Maka ini sudah tentunya bermaksud saya perlu masuk terlebih dahulu ke dalam premis makanan yang terlekat stiker logo halal Jakim di cermin luarnya, lalu bertanya kepada pekerja di situ (ada kemungkinan mereka ialah mat bangla yang tak tahu sangat kecek BM), tentang apakah nombor rujukan sijil halal Jakim restoran ini?
Ini sangat melecehkan dan nampak terlalu kerek.
Bahkan juga, bukan semua produk ada kod bar berteknologi GS1. Ini perkara lazim pada produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS); contohnya produk Keropok Lekor keluaran Industri Keropok Sedunia yang memang telah disahkan halal oleh Jakim ini:
Maka, mungkin salah satu cara menyelesaikan kebuntuan ini adalah dengan memetakan segala macam jenis kod bar dan nombor rujukan sijil halal itu ke dalam satu sistem lain, yang memiliki kod yang lebih generik.
Sebagai contoh:
- Semua produk, yang memiliki kod bar GS1 atau pun tidak, dipetakan ke dalam kod generik PKxxxxx-xxxxx
- Semua premis makanan dan hotel yang memiliki nombor rujukan halal, seperti JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/2003-08/2004, dipetakan ke dalam kod generik PSxxxxx-xxxxx
- Semua rumah sembelihan dipetakan ke dalam kod generik RSxxxxx-xxxxx
Sistem SMS Halal yang Kurang Tepat
Namun begitu, perkara paling penting yang perlu dilakukan buat masa ini adalah dengan memastikan ketepatan maklumat sistem SMS ini. Mula-mula, sila beritahu dengan jelas kepada orang ramai bahawa sistem ini berharga RM0.50 bagi setiap SMS yang diterima. Perkara ini wajib didokumentasikan dengan betul kerana kita tidak mahu ada orang yang merungut kerana menyangka servis ini percuma.Saya ada menyemak status halal Gardenia Delicia Soft Roll (Butter Toffee), yang mana terpampang logo halal Jakim pada bungkusannya. Kod bar bagi produk ini ialah 9556231120181 seperti dalam gambar ini:
Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.
Eh, tiada dalam senarai?Saya sudah keliru. Semakan kod bar di laman webnya juga gagal memberikan keputusan positif:

Lalu bagaimana produk ini boleh tersenarai di dalam direktori halal bagi produk keluaran Gardenia Bakeries?
Maka tolonglah permudahkan, serta siumankan segala proses semakan ini, maka barulah Malaysia benar-benar boleh menjadi hab halal yang diiktiraf dunia (Oops, dengan syarat berita bertarikh 1 Jan 2020 itu tidak benar-benar berlaku!)
kredit to tawel
Jumaat, 27 November 2009
Selasa, 27 Oktober 2009
Maafkanlah...
Berilah kemaafan ituLepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri
Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia
walau perit menanggung duka
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!
Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.
Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”
Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”
Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.
Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.
Firman Allah lagi bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)
Ayat itu membuktikan bahawa orang yang menahan kemarahannya, termasuk dalam golongan Muttaqin iaitu orang yang bertakwa kepada Allah. Tambahan pula Allah akan memberikan pengampunan kepada mereka, lalu menyediakan mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya ganjaran bagi manusia pemaaf.
Kemaafan dalam Islam
Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.
Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.
Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.
Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.
Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.
Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).
Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.
Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.
Wallahualam
Selasa, 24 Mac 2009
Innalillah
Tak terucap dgn kata2...on the way pegi kerja pagi ni td trserempak dgn satu accident..masyaAllah,motor kne langgar dgn lori pasir. Org blum ramai yg brkumpul tgk,mksudnya baru j lg,xsmpai 5minit accident. Mtrnye xperasan ade kat mane, yg perasan tgk penunggang nya dh trbujur kaku baring kt tepi jalanraya,ditutup dgn suratkhabar,darah mengalir ats jalanraya,identiti mgsa xtau sape,tp yg pasti lelaki yg dh berumur. nauzubillah......rawan hati ini bila tgk.
Mcmnelah perasaan si isteri jika mgsa seorang suami,mcmnelah sedihnye si anak jk mgsa seorg ayah, alangkah peritnya hati...keluar pagi2 pi kerja cari rzeki dilambai dgn doa,tp alih2 ble kmbali ke rumah disambut dengan tangisan..subhanallah. Moga kita mati dalam husnol khatimah.
Selasa, 10 Mac 2009
Tautan Kasih 1: Politeknik Johor Bahru

Selepas itu sesi ta’aruf dikalangan peserta. Alangkah bahagianya dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat dan adik-adik. Keesokannya, selepas subuh slot usrah dilakukan. Pengisian lebih kepada menceritakan tentang pengalaman di PJB semasa belajar disana. Masing-masing dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Selepas sarapan, acara sukaneka dilakukan. Makan epal yang digantung dan tali kasih antara aktiviti yang dilakukan. Masa yang terluang digunakan untuk mandi-manda bersama-sama. Apelagi mandi sakan la…sampai mengigil. sebelum habis mandi sama-sama menbaca doa wehdah didalam sungai. Selepas itu slot yang teramat penting dalam pertemuan ini ialah perancangan pembangunan dan aktiviti yang akan datang. Dari sini maka terlantiklah jawatankuasa baru IPM yang memegang tampuk kepimpinan yang akan menyusun dan merangka aktiviti seterusnya pada masa-masa akan datang. Brainstroming juga dilakukan dikalangan peserta dengan penumpuan dilakukan kepada cadangan aktiviti-aktiviti pada masa akan datang. Pada akhirnya pengisian diberi oleh seorang aktivis pemuda di Hulu Langat dengan memberi kata semangat dan dorongan supaya meneruskan kerja dakwah walau dimanapun berada readmore..
Selepas itu acara penyampaian cebderahati kepada semua peserta dan cendera hati khas kepada bekas-bekas ketua bagi setiap batch. Akhirnya, doa wehdah dibaca dengan penuh semangat dan salin salam bersalaman sebelum berpisah. Terima kasih kepada semua yang hadir pada program tersebut. Terutama AJK program yang bertungkus lumus menjayakan program ini yang dirancang tidak smapai 2 bulan. Semua ini adalah ketentuan Allah swt. Setinggi-tinggi terima kasih buat sdr. Nizam yang terpaksa ambil cuti demi untuk mendapatkan tempat/ tapak program dan juga kepada Dr. Faizal yang menjadi penasihat sejak dari belajar sehinggalah kini. Atas nasihat dan pandangan beliau Alhamdulillah program ini berjaya di laksanakan. Akhirnya stinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana tampa izin darinya maka program ini tidak akan berjaya. Alhamdulillah… (saudara Hafiz[brcrmin mata] selaku YDP baru bagi IPM)
Buat semua sahabat dan sahabiah sekali lagi ana mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana dapat hadir dan menjayakan program ini. Semoga ikatan ukhwah ini akan terus berkekalan sehingga keakhir hayat. Sesungguhya diantara manusia yang mendapat naungan Arash Allah di akhirat kelak ialah, dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah 
Akhi firdaus, Akhi Nizam, Akhi Kirin dan Akhi rizal bersama-sama anak-anak masing-masing.. Mandi… sampai gigil…



Ini dia Dr. Faizol. Penasihat IPM yang baru dilantik.. Terima kasih atas tunjuk ajar encik kepada kami. Jasa mu tetap dikenang…
dipetik dari web akhi firdaus
Rabu, 25 Februari 2009
Rasa bertuhan..
Orang yang rasa bertuhan ialah orang yang merasa dirinya sentiasa di dalam kekuasaan Tuhan.
Bagaimana tu? Terasa payah untuk mendapatkannya.
Dia sentiasa sedar bahawa dia di dalam pengetahuan Tuhan. Di dalam penglihatan-Nya dan di dalam pendengaran-Nya.. Jarang sekali dia melupakan-Nya read more
Tapi aku tidak begitu. Kadangkala aku dapat merasakan Tuhan menguasaiku. Adakalanya pula aku merasakan nafsu dan akal mengatur tindak-tandukku. Aku terlupa pada Tuhan. Bukan aku sengaja inginkan begitu. Aku menangis bila aku tidak membawa Tuhan dalam tindakanku.Engkau perlu selalu ingatkan hati engkau bahawa Tuhan boleh berbuat apa sahaja ke atas diri engkau. Nasib engkau bergantung kepada Tuhan. Baik buruk engkau ditentukan oleh Tuhan. Hidup matimu juga ditentukan oleh Tuhan.
Ya Allah, jauhnya aku dari Tuhan. Kadangkala aku rasakan aku yang berbuat. Aku terlupa kekuasaan Tuhan ke atas diriku.
Orang yang kuat rasa bertuhannya merasakan dirinya tidak ada kuasa langsung. Lantas dengan itu datang rasa takutnya kepada Allah penciptanya. Kebimbangannya terbawa-bawa ke mana-mana. Dan di waktu bila pun. Bimbang tindakan dan bisikan hati kita tidak selaras dengan kehendak syariat Tuhan. Syariat Tuhan itu payah untuk difahami seni-seninya yang boleh mendatangkan rahmat Tuhan. Itu semua perlukan pimpinan Tuhan dan pimpinan guru mursyid. Dengan itu lahir di dalam hati ingin sentiasa mengejar kasih sayang dari Tuhan. Mencari redha-Nya.
Wahai Tuhan, berilah aku hidayah dan taufiq. Supaya aku diberi keselamatan dan kawalan. Menyembah-Mu dan membesarkan-Mu. Pimpinlah aku selalu. Kalau aku bersalah dan membuat kesilapan, akukan hamba-Mu juga. Ampunkanlah kesalahanku. Maafkanlah kesilapanku. Semoga aku jadi hamba yang bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian. Redha dengan ketentuan Tuhan.
Jadikanlah aku hamba yang sentiasa merujuk kepada-Mu. Apa sahaja yang aku hendak buat, aku bertanya kepada Engkau dahulu. Aku takut untuk memandai-mandai kerana aku tiada kuasa ke atas diriku. Engkaulah segala-gala buatku.
Jika engkau berserah diri kepada Tuhan, bersedialah untuk berhadapan dengan kesusahan. Keputusan Tuhan akan bertentangan dengan kehendak nafsu dan akalmu. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin pada timbangan nafsumu sudah baik tapi pada pandangan Tuhan ia akan menghancurkanmu. Berserah dirilah pada Tuhan. Semoga engkau dapat memiliki rasa bertuhan dan terhibur dengan ujian. Kerana kasih sayang dan perhatian Tuhanlah, jiwa engkau bergelora dengan Tuhan supaya engkau sentiasa memikirkan Dia sahaja. Begitulah orang yang memiliki rasa bertuhan di dalam jiwanya...
Sabtu, 7 Februari 2009
kita hanya hamba..
orang yang jiwanya rasa kehambaan sangat tajam,atau rasa bertuhannya sangat tebal
apa sahaja yang berlaku pada dirinya,
samada yang dilihat, dengar, rasa, tahu,
semuanya akan menjadi pengajaran kepadanya....
Tujuan sembahyangkerna hendak melahirkan rasa kehambaan
kpd Allah yang Maha Pencipta lagi Berkuasa
oleh itu dalam solat mesti perlu rasa
hudhur, faham, takzim, roja', haya', khusyu',
kalau rasa-rasa tersebut
tidak ada didalam solat
itu bukan solat namanya..
lalu..solat kita untuk siapa???
Engkau puja bunga ditamanEngkau terpesona dengan keindahannya
Engkau tulis dalam sajak-sajakmu
hingga engkau lupa dengan Tuhan yang menciptakan segalanya..
bukankah sibunga itu kan layu
kemudian jatuh ke bumi akhirnya..
Jika engkau puja Tuhan
engkau besarkan agungkan Dia
engkau cintakan Dia
dan engkau jadikan Dia idolamu
sungguh..Dialah segalanya,kerana Dia kekal.
Dia adalah pembela dan pembekal
Dia adalah sumber segala-galanya..
tidakkah kau merasakannya??
Jumaat, 6 Februari 2009
Indahnya Senyum..
alahai senyuman...
senyum selalu buat aku 'jatuh hati'
tak kesahlah yang senyum tu pakcik ke, makcik ke, budak kecik ke, atok ke, nenek ke,
tapi yg paling best kalo yg senyum tu baby..mmg aku picit2 pipi die geram.
tapi tak semua senyum buat aku 'jatuh hati'
hanya senyuman tulus ikhlas buat aku trpesona..
sungguh,mmg beza drpd senyum yg dibuat2..
cuba kita buat...
pertama cube senyum hanya dengan gerakkan sudut bibir keatas, lepas tu cuba lagi senyum seperti di atas tapi kali ini serentak sekali dengan kecikkan mata (mcm pakcik kt bwh ni)
aiiihhh...pasti rasa perbezaannya, lebih terasa lega kan?! begitu juga dengan yang melihat...terasa ketulusannya
sungguh ku jatuh hati pada senyuman...
peringatan: tapi jgn senyum disalah guna!!

rahsia sebalik senyum...
- Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
- Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
- Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
- Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
- Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
- Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
- Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
- Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
- Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
- Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
- Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
- Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
- Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Kata senyum adalah kata yang indah dan menarik hati, menyenangkan, dan menggembirakan. Bagaimana seorang muslim tidak tersenyum sementar ia telah meridhoi Allah sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad Saw. Adalah nabinya? Bagaimana ia tidak tersenyum sementara baginya telah ditumbuhkan taman-taman yang menyenangkan, dan kebun yang hijau, yang padanya terdapat pohon-pohon yang indah menyegarkan, dan tetumbuhan yang penuh keindahan. Bagaimana ia tidka tersenyum sementara Allah telah mengadakan baginya bintang-bintang yang terang, lautan yang luas, tanah yang berkelok-kelok, dan planet-planet yang berputar di porosnya?
Bagaimana ia tidak tersenyum, sementara burung-burung bernyanyi, merpati berdendang, matahari bersinar, bulan bercahaya indah, pagi hari yang datang dalam terang cahaya, dan hujan yang datang dibalik awan di langit? Bagaimana ia tidka tersenyum, sementara angina sepoi bertiup, daun-daun gemerisik, burung kenari bersiul, aroma indah bertiup, air jatuh di antara bebatuan mendendangkan lagu cinta, dan menceritakan pagar keindahan?


Langkah ini bagi saya adalah lebih baik.



