.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Ahad, 6 Jun 2010

GMJ II


JUDI BOLA : PILIH DOSA ATAU GELARAN JAHIL?


بسم الله الرحمن الرحيم

Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."(al-Maaidah: 90)

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" (al-Maaidah : 91)

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَاحْذَرُوا فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

"Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata."(al-Maaidah : 92)

Rasulullahi Sallahu alaihi wa sallam bersabda :-

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ

"sesungguhnya yang halal itu jelas dan sesungguhnya yang haram itu jelas" (riwayat al-Bukhari & Muslim)

Sabdanya lagi :-

اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ

"jauhilah perbuatan haram, nescaya engkau menjadi orang yang paling taat beribadah.." (riwayat at-Tirmidzi & Ahmad)

Sabdanya lagi :-

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"apa yang aku tegahkan /larang kamu daripadanya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya, maka hendaklah kamu mengerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa.." (riwayat Muslim)

Memadailah firman Allah SWT dan sabdaan Nabi SAW di atas sebagai peringatan kita bersama. Sesungguhnya yang mengharamkan JUDI itu adalah Allah SWT. Maka berTAQWAlah kpd Allah SWT..

Taatilah Allah dan Rasul. Namun jika kamu masih mahu menentang Allah dan Rasul-Nya, layaklah kamu digelar sebagai orang yang JAHIL.!!

Sabda Nabi SAW :-

يا بن آدم أطع ربك تسمى عاقلا ولا تعص ربك فتسمى جاهلا

"wahai anak Adam! taatilah Tuhanmu, nescaya kamu disebut sebagai orang yang berakal, dan janganlah kamu menentang-Nya, maka kamu akan digelar si JAHIL!" (riwayat Abu Nu'aim)

wallahu a'lam..
al-Banjari

Jumaat, 4 Jun 2010

GMJ 1

TINGKATKAN TEKANAN MANSUHKAN JUDI SUKAN

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan di Parlimen berhubung lesen judi telah menyatakan bahawa kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini. Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini.Walaubagaimana pun menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.

Secara ringkasnya telah memberi maksud bahawa lesen judi sukan sememangnya telah lama diluluskan tetapi masih dalam perbincangan untuk menganugerahkan kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. Kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum menganugerahkan kepada syarikat terbabit.

Tindakbalas daripada rakyat seperti ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum, halangan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan telah memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak bersetuju dengan kelulusan lesen judi sukan yang telah lama diluluskan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan bukan sahaja perlu membatalkan hasrat untuk memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd malah wajib membatalkan lesen judi sukan sepenuhnya.

Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11hb Jun 2010. Ini merupakan kejayaan 50% rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !. Rakyat Malaysia perlu melaksanakan baki 50% lagi usaha mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan yang telah lama diluluskan melalui Himpunan 100 Ribu pada sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang di Kuala Lumpur. Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) bersedia pada bila-bila masa menyahut seruan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memberikan pandangan kepada pihak kerajaan bagi membenteras perjudian tanpa lesen yang berleluasa di negara ini. Walaubagaimana pun bukanlah pendekatan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang kononya sebuah negara Islam meluluskan judi sukan yang bertentangan dengan semua agama di dunia ini.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)

Ahad, 28 Mac 2010

Halal yg HARAM??

Assalamualaikum..sedang berjalan-jalan melayari maya. berhenti rehat minum secawan kopi dan sebiji pau ditawel sensei..trbaca satu entry beliau,menarik. kisah sijil & logo Halal yg HARAM..moh kito bace sesame..



Mari mengimbau masa silam..

Keputusan jemaah menteri mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya menyediakan satu kertas cadangan untuk menyelaraskan peraturan dan prosedur persijilan halal di negara ini amat dialu-alukan. Ini kerana, sebelum ini peraturan sedia ada mengenai pengeluaran sijil serta penggunaan logo halal dibuat oleh pihak berkuasa negeri dan ia tidak selaras antara satu sama lain..

Perkemaskan pengeluaran sijil halal, Utusan Malaysia, 28 Mac 2003
Kini..
Hanya satu sijil dan logo halal akan digunakan di negara ini dan ia dikawal serta dikeluarkan oleh Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, penyeragaman sijil dan logo halal oleh Jakim itu akan memudahkan masyarakat mengenal pasti sijil halal sah dikeluarkan Jakim dengan yang palsu.

Hanya satu logo halal, Harian Metro, 27 Februari 2010
Akhirnya setelah hampir 7 tahun memerah otak dan menitiskan peluh, Malaysia telah berjaya melakukan apa yang sepatutnya.

Awas awas dan awas, perenggan di bawah ini pula adalah spoiler bagi berita yang mungkin akan terbit di dada-dada akhbar dalam beberapa tahun lagi. Tolong hentikan membaca kalau anda lebih gemarkan kejutan!
Kerajaan akan merangka satu pelan yang lebih drastik bagi menghukum syarikat yang sewenang-wenangnya memalsukan logo dan sijil halal. Jakim telah mencadangkan agar logo halal pada produk makanan diwajibkan dalam bentuk pelekat hologram agar ia tidak mudah dicetak rompak.

Logo halal bakal jadi lebih canggih, inilah bukti Malaysia Boleh!, Berita Harian, 1 Jan 2020
Ok, jangan jadi lurus bendul tentang sedutan berita bertarikh 1 Jan 2020 itu.

Sesuatu yang Kurang Pada Logo Halal Jakim

Saya naik takjub apabila membaca berita tentang penyelarasan satu logo halal sahaja selepas ini. Saya mendapati antara isi yang cuba ditekankan ialah dengan mempunyai satu logo yang seragam, masalah logo palsu dapat dibanteras dengan jayanya. Ini apa yang disebut oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom:
Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan, elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan...

...ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan. Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab.
Anda bayangkanlah, di zaman ini, semuanya boleh dipalsukan. Duit boleh dipalsukan, kad pengenalan pintar boleh dipalsukan, serta identiti diri anda juga pun mudah dipalsukan. Hatta, lelaki pun boleh dipalsukan menjadi wanita; sampai kita sendiri pun boleh naik keliru sama ada awek cun bergetah yang kita lihat di Lorong Haji Taib itu benar-benar tulenkah dia? Atau bahagian yang bergetah itu cuma sekadar silikon untuk mengaburi nafsu kita? Oops, tapi saya tidaklah suka-suka lalu di situ.

Justeru, bukankah itu semua sudah cukup sebagai satu amaran bersifat common sense bahawa logo halal Jakim adalah sangat mudah dipalsukan? Bukan susah pun untuk melakukan replika logo tersebut di Photoshop, sedangkan yang lebih kompleks pun kita boleh melakukannya dengan mudah!

[Edit 4/3/2010]: Contohnya telah pun berlaku dalam kisah 'Mamak' pucat lesi:
Menurutnya, sebaik tiba ke restoran terbabit, pegawai Jakim dan KPDNKK mendapati tiga logo halal Jakim disyaki palsu sengaja diletak di tiga penjuru restoran berkenaan yang diuruskan peniaga bukan Islam.

Seorang penyelia restoran yang disoal siasat bagaimanapun berpura-pura mendakwa restoran terbabit ditauliahkan sijil halal Jakim, namun gagal membuktikan atau menunjukkan sijil berkenaan.

"Lelaki terbabit sebaliknya memberi alasan sijil halal Jakim berkenaan kini disimpan pemilik syarikat yang sedang berada di Kedah atas alasan mempunyai urusan perniagaan," katanya.
Maka cara paling afdal adalah dengan mempertingkatkan lagi mutu dan keupayaan SMS Halal yang dibangunkan oleh Jakim. Saya mendapati sistem ini masih mempunyai beberapa kelemahan utama.

SMS Halal - Hantar ke 32728

Soalan bijak: Bagaimana saya mahu menyemak status halal premis makanan seperti Sushi King, Old Town Kopitiam, dan Dome Cafe?


Sila lihat keratan akhbar ini dan berikan tumpuan kepada petikannya di bawahnya:


...pengguna hanya perlu menghantar SMS ke 32728 dengan menaip kod bar barangan yang menggunakan Global Standard 1 (GS1)...

...bagi produk, premis atau rumah sembelihan yang tidak mempunyai nombor GS1, Jakim akan menggunakan nombor rujukan permohonan sijil halal Jakim untuk didaftarkan melalui e-Halal...
Kalau mengikut apa yang saya faham, semakan boleh dibuat dengan kod bar ATAU nombor rujukan permohonan sijil halal Jakim bagi yang tiada GS1. Namun pemahaman saya mungkin juga salah kerana laman web Halal Malaysia gagal mendokumentasi perkara ini dengan sebaiknya, bahkan apabila membuka bahagian SMS Halal itu, ia seolah-olah hanya menekankan bahawa semakan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kod bar SAHAJA. Sila ambil perhatian bahawa, sistem yang diperkenalkan semenjak September 2005 ini (bermaksud sudah hampir 5 tahun), masih mempunyai dokumentasi yang cacamarba.

Apa pun, katakan pemahaman saya itu benar. Maka ini sudah tentunya bermaksud saya perlu masuk terlebih dahulu ke dalam premis makanan yang terlekat stiker logo halal Jakim di cermin luarnya, lalu bertanya kepada pekerja di situ (ada kemungkinan mereka ialah mat bangla yang tak tahu sangat kecek BM), tentang apakah nombor rujukan sijil halal Jakim restoran ini?

Ini sangat melecehkan dan nampak terlalu kerek.

Bahkan juga, bukan semua produk ada kod bar berteknologi GS1. Ini perkara lazim pada produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS); contohnya produk Keropok Lekor keluaran Industri Keropok Sedunia yang memang telah disahkan halal oleh Jakim ini:

Kod bar? GS1? Keropok di atas tidak memilikinya.

Maka, mungkin salah satu cara menyelesaikan kebuntuan ini adalah dengan memetakan segala macam jenis kod bar dan nombor rujukan sijil halal itu ke dalam satu sistem lain, yang memiliki kod yang lebih generik.

Sebagai contoh:
  1. Semua produk, yang memiliki kod bar GS1 atau pun tidak, dipetakan ke dalam kod generik PKxxxxx-xxxxx
  2. Semua premis makanan dan hotel yang memiliki nombor rujukan halal, seperti JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/2003-08/2004, dipetakan ke dalam kod generik PSxxxxx-xxxxx
  3. Semua rumah sembelihan dipetakan ke dalam kod generik RSxxxxx-xxxxx
Kemudian, kod ini wajib diletak di bawah setiap logo halal Jakim tersebut. Bagi sesebuah produk, kod berkenaan mungkin boleh juga dicetak seperti mana tarikh luput dicetak. Maka sesiapa pun akan dapat menyemak status halal produk, premis makanan dan restoran dengan lebih mudah.

Sistem SMS Halal yang Kurang Tepat

Namun begitu, perkara paling penting yang perlu dilakukan buat masa ini adalah dengan memastikan ketepatan maklumat sistem SMS ini. Mula-mula, sila beritahu dengan jelas kepada orang ramai bahawa sistem ini berharga RM0.50 bagi setiap SMS yang diterima. Perkara ini wajib didokumentasikan dengan betul kerana kita tidak mahu ada orang yang merungut kerana menyangka servis ini percuma.

Saya ada menyemak status halal Gardenia Delicia Soft Roll (Butter Toffee), yang mana terpampang logo halal Jakim pada bungkusannya. Kod bar bagi produk ini ialah 9556231120181 seperti dalam gambar ini:

Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.

Namun ini jawapan yang saya terima:

Eh, tiada dalam senarai?

Saya sudah keliru. Semakan kod bar di laman webnya juga gagal memberikan keputusan positif:


Lalu bagaimana produk ini boleh tersenarai di dalam direktori halal bagi produk keluaran Gardenia Bakeries?
Klik untuk besarkan gambar. Lihat no 32.

Maka tolonglah permudahkan, serta siumankan segala proses semakan ini, maka barulah Malaysia benar-benar boleh menjadi hab halal yang diiktiraf dunia (Oops, dengan syarat berita bertarikh 1 Jan 2020 itu tidak benar-benar berlaku!)

kredit to tawel

Selasa, 9 Februari 2010

Selasa, 15 Disember 2009

Don't Break My Heart

Perokok Muslim mampu selamatkan al-Aqsa??

Jumlah penduduk dunia- 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam- 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia- 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok- lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)

Pengeluar rokok terbesar di dunia- Phillip Morris.

Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain)

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).

Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta SEHARI. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 SETAHUN. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah kita berasa apa-apa?


kredit to ; Ustaz Alex

Selasa, 10 Februari 2009

Ceramah Palestin


Tarikh : 12 Februari 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat:
Jln. Merbau, Bandar Putra Kulaijaya, Johor.
(berhadapan Sekolah Agama Bandar Putra)

Penceramah:
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
(Pesuruhjaya PAS Pahang)

Dijemput hadir beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan padu anda kepada saudara-saudara kita di Palestin.
"Hidup Islam...Hancur Zionis"
"Allahuakbar"

Isnin, 9 Februari 2009

Senyuman Syuhada' Ghazzah

Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya:”Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.(riwayat Muslim)


الموت في سبيل الله أسمى أمانينا

Bangga mendapat syahid yang diidamkan

[klik sini utk lihat lg gmbr]




Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid

Pergi Mendapatkan Janji Allah swt

Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu

Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w:”Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!.” Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:”Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan.

sumber gambar : ust nasarudin tantawi

Ahad, 8 Februari 2009

Al-Fatihah buat Ahli Parlimen Bukit Gantang

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.

Difahamkan Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal pagi tadi.




Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Azim Mohd Zabidi dari Umno dengan majoriti 1,566 undi.

Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.
Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.
"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

sumber

akan ada pilihanraya parlimen dalam masa 60 hari ni.............

Khamis, 5 Februari 2009

Kemelut Perak : Rakyat masih sayangkn kerajaan Pakatan Rakyat


kemaskini 3.48pm Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah.

Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.



kemaskini 3.36pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.

Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

kemaskini 3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

kemaskini 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.

Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.

Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.

Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

kemaskini 2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap
"lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.

Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.

Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.

12.10pm Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

12.01pm Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

11.50pm Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

10.45am Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

9:40am Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.




“Aku mahu syahid di Ghazzah”

“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin”

Ini adalah sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas pada 28 Januari 2009 yang bermottokan Ghazzah telah menang

Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.

Ini adalah semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh orang tua yang berumur hampir 90 tahun. Bagaimana dengan orang muda seperti penulis dan pembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan sebegini.!





Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel. Walaupun Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa kekuatan jasadiyyah, mata beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini menimbulkan kegerunan kepada israel. Orang sebegini mampu berjuang sehingga mendapat pahala syahid.

“kemenangan di Ghazzah merupakan kemenangan permulaan. Kita masih menunggu kemenangan yang menyeluruh dengan pembebasan bumi Palestin.”

“Ahli Ghazzah bersatu atas dasar iman dan ukhuwwah, dengan sebab itu, Allah SWT telah menyatukan hati-hati mereka. Israel dan sekutu-sekutunya ingin memecahkan kesatuan antara penduduk dengan pemerintah dengan mengadakan pelbagai sekatan dan melaparkan penduduk Hamas untuk menyusahkan pemerintah Hamas. Tetapi sayang, penduduk Ghazzah menerima kelaparan dan menolak untuk tunduk kepada Israel”

Itulah antara sedutan kata-kata yang penuh bersemangat oleh Imam Qaradhawi. Sepatutnya para pemuda perlu mengambil pengiktibaran di atas semangat yang ditonjolkan oleh beliau.

Palestin mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia juga menjadi perebutan antara tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di zaman Kristian berkuasa, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Di zaman yahudi, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Ketika Islam menguasai bumi Palestin, penduduk yang beragama kristian dan yahudi dibenarkan untuk melawat tempat ibadat mereka tanpa diganggu dan dizalimi. Inilah toleransinya Islam sehingga digeruni dan didengki oleh penganut agama lain.

Walaupun yahudi Zionis telah mengumumkan penarikan tentera di Ghazzah, tetapi penulis yakin, serangan itu pasti kembali. Yahudi adalah bangsa pengkhianat kepada perjanjian.Semenjak zaman Nabi Musa lagi, bangsa yahudi selalu melanggar perjanjian.

Perangai buruk itu terus menerusi diwarisi oleh anak cucunya hingga kini. pelbagai perjanjian genjatan senjata sudah dilakukan, tetapi akhirnya perjanjian ini terus dikhianati. Kemudian yahudi akan menuding jari kepada Hamas kerana menjadi penyebab kepada perjanjian ini dilanggar.

Amerika dan PBB terus menyokong yahudi Zionis dan terus menerus mempersalahkan Hamas setiap masa. Terbaru kenyataan Barack Obama yang mempertahankan tindakan Yahudi Zionis terhadap serangan tersebut. Penulis tidak pasti adakah kenyataan ini keluar dari hati nurani beliau atau terpaksa mengikut telunjuk pelobi yahudi di Amerika.

Yahudi berjaya mempengarui kuasa besar. Tetapi tindakan Hamas tidak mampu menarik simpati pemimpin umat Islam. Pemimpin umat Islam sudah hilang sensitiviti terhadap nasib saudaranya sendiri.

Walaupun serangan Yahudi telah berakhir, boikot mesti diteruskan. Pastikan ekonomi yahudi lumpuh sehingga mereka terpaksa merayu kepada dunia Islam. Semakin kuat dokongan kepada ekonomi yahudi, semakin kuat serangan terhadap umat Islam.

Kristian pernah menguasai bumi Palestin hampir 100 tahun. Kemudian Sultan Salahuddin telah membebaskannya. Yahudi Zionis telah menguasai bumi Palestin hampir 60 tahun (1948-2009). InsyaAllah umat Islam akan kembali membebaskan bumi Palestin dalam masa terdekat ini melalui kekuatan yang diberikan kepada Hamas.

Sama-samalah kita doakan.

sumber