.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"
Memaparkan catatan dengan label palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label palestin. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2009

Jejak Roh Syahidah

“Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam kehinaan atau gugur di medan jihad?”

.:: To Die In Jerusalem ... ::.
Percubaan Barat Melihat Palestin Dengan Pandangan Mata Hati...

Jumaat itu dia bangun jauh lebih awal daripada biasa. Padahal, menurut ibunya, hampir semalaman dia tidak tidur. Sampai tengah malam dia masih membaca Al-Quran. “Tatkala saya terjaga, dia sedang asyik solat malam. Dia membaca ayat-ayat Surah An-Nabaa sambil menangis!”


Usai Subuh, Ayat Al-Akhras (16) - remaja shalihah itu - kembali membaca Al-Quran. Ayat-ayat jihad dibacanya berulang-ulang dengan nada bergetar. Sesekali dia terhenti, menahan esak tangis. Menjelang pukul 6.00 waktu Palestin, dia menulis sesuatu di meja belajar. Sejurus kemudian Ayat sudah siap berpakaian seragam dan bergegas menuju dapur untuk menemui ibunya.

Kepada ibunya, dia minta izin hendak pergi ke sekolah. “
Ada pelajaran dan tugas tambahan. Hari ini boleh jadi merupakan saat terpenting dalam hidup ini. Saya mohon doa restu ibu,” ucapnya dengan mata berbinar.

Ibunya sedikit bingung, hairan, dan terkejut melihat tingkahlaku puterinya. “
Semoga Allah selalu melindungi dan merahmatimu, anakku. Tapi, bukankah Jumaat adalah hari cuti?read more..



Doa itulah yang anakanda harap, bu,” jawabnya. Ayat tak lagi berkata-kata. Dia hanya tersenyum, mencium tangan, kemudian memeluk erat ibu yang masih kebingungan. Dan, dengan tetap tersenyum, dia menarik tangan adiknya, Samaah (10). Mereka pun sama-sama bergegas ke sekolah.

Beberapa jam kemudian, Jumaat 22 Mac 2002 sekitar pukul 10 waktu tempatan, Radio Israel memberitakan ledakan bom di supermarket Nataynya, dekat Jerusalem. Peristiwa ini menyebabkan tiga orang maut dan lebih dari 40 orang cedera. Pelakunya disyaki seorang puteri Palestin.



Jantung Ibu Ayat Al-Akhras berdegup kencang mendengar khabar itu. “Jangan-jangan dia …” bisiknya saat itu. Firasatnya kuat mengatakan demikian manakala dia mendapati Samaah pulang sendirian sambil terisak-isak. Dia mengaku tak tahu ke mana kakaknya pergi. Ayat, kata dia, hanya berpesan, “Jangan cemas dan takut. Allah selalu bersama orang-orang beriman. Sampaikan salam buat semua, dan berdoalah. Mudah-mudahan Allah memberi pengampunan dan kemenangan!

Tinggal di kem beramai-ramai, Ibu Ayat Al-Akhras sangat cemas dengan nasib anaknya. Batinnya bertanya-tanya, “Ke mana dia pergi? Apakah dia sudah merealisasikan impiannya untuk menjadi syahidah?” Pertanyaan lain terus muncul di benaknya. “Bagaimana dengan impiannya yang lain? Soal pinangan, rancangan pernikahan, dan pakaian pengantin yang sudah dijahitnya sendiri? Bukankah dia juga bercita-cita untuk melahirkan anak-anak, kemudian membina mereka menjadi mujahid-mujahid masa hadapan?

Sementara fikirannya tertanya-tanya, kalbunya mendapat isyarat bahwa calon mempelai itu telah gugur dalam operasi syahid. Dan, apabila laporan rasmi mengesahkan jenazah Ayat, Ibu Ayat Al-Akhras hanya berkata, “Inna lillaahi wainna ilaihi raji’un. Semoga Allah mencatatnya sebagai syahidah. Mudah-mudahan dia juga akan menjadi pengantin Palestin yang melahirkan kehormatan dan kemerdekaan bagi umat dan bangsanya.


Siang Jumaat itu, Ayat Al-Akhras pergi mengikuti jejak Issa Farah dan Saa’id, dua kerabatnya, yang gugur ditembak helikopter Israel.

Lahir 20 Februari 1985 di Kem Dheishes, Ayat adalah anak keempat dari 11 beradik. Dia mempunyai tiga saudara laki-laki dan tujuh saudara perempuan. Di akhir hayatnya, dia tercatat sebagai pelajar Tingkatan Tiga sekolah menengah atas.

Ayat, menurut ABC News, termasuk anak cerdas dan rajin belajar. Sampai saat-saat menjelang syahidnya, dia masih rajin menasihati teman-temannya agar terus belajar dan belajar. “Penguasan ilmu dan teknologi amat penting dan diperlukan untuk mendukung perjuangan kita, walau apa pun bentuknya.”

Hayfaa, teman baiknya, berkata, “Dia selalu menasihati kami bahawa pembelajaran harus tetap berjalan, meskipun rintangan dan bahaya mengancam di sekeliling kita.

Tentang jihad, Ayat selalu berkata, “Jihad itu kewajiban setiap Muslim. Termasuk wanita. Mengapa kita harus membiarkan nyawa kita diragut sia-sia oleh kebiadaban zionis Israel.” Kematian seorang mujahid, katanya, akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid lain, bukan sebaliknya.

Hayfaa tak menyangka Ayat syahid secepat itu. Dalam hari-hari terakhirnya, dia rajin mengumpulkan gambar-gambar mujahid Palestin. Di meja belajarnya berbaris slogan-slogan jihad dan kepahlawanan. “Dia pergi untuk bergabung dengan barisan para syuhada’ yang lain.”

Ayat, kini tercatat sebagai syahidah kedua di Palestin atau yang keenam dalam barisan pelaku operasi istisyhadiah sepanjang tahun 2002. Syahidah pertama adalah Wafa Idris (27), seorang janda di Ramallah. Dia gugur dalam operasi menjelang akhir Januari 2002 yang menyebabkan seorang Israel maut dan 100 orang lain cedera.



Interview Dengan Hilla Medalia, Pengarah Filem "To Die In Jerusalem".
Saksikan kenyataan ibu Akhras : "Wajah Akhras itu lebih cantik dari bulan di langit. Namun pada setiap jelingan matanya ada mesej "selamat tinggal"."

Meskipun tahu bahawa syahidah adalah cita-cita tertinggi anaknya, ibu Ayat Al-Akhras tetap merasa kehilangannya. Dengan air mata berlinangan, dia mengulangi kata-kata anaknya ketika berdiskusi soal kewajiban jihad bagi setiap warga Muslim Palestin. “Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam kehinaan atau gugur di medan jihad.”

Samaah, adik sekaligus teman terdekat Ayat, turut merasakan hal yang sama. Sambil menangis, dia bercerita tentang saat-saat akhir bersama kakaknya. “Saya lihat cahaya di mukanya dan sebuah riak kebahagiaan yang tak pernah dilihat sebelumnya.” Sambil memberi sepotong coklat manis, lanjutnya, Ayat berkata lirih, “Solat dan doakan agar kakak berjaya melaksanakan tugas suci ini.

Tugas apa?” Samaah bertanya. “Hari ini kamu akan mendengar satu berita baik. Mungkin inilah hari terbaik dalam hidup saya. Inilah hari yang telah lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya kepada Akh Shaadi,” tutur Ayat sambil memberikan secarik kertas.



Menyentuh Hati : Gambaran Perjalanan Ayat Akhras ke Syurga Ketika Beliau Di Ambang Perkahwinan

Shaadi Abu Laan (20), calon suami Ayat, termangu beberapa ketika apabila khabar itu sampai padanya. Dia hampir tidak percaya Ayat pergi begitu cepat mendahuluinya. Padahal Julai ini, jelas Shaadi, “Kami sudah merancang untuk berumah tangga. Selepas Ayat lulus ujian, kami akan menempati rumah sederhana yang belum dihias lagi.” Mereka, sudah satu setengah tahun bertunang. Bahkan, kedua mereka telah menyiapkan nama ‘Adiyy untuk bayi pertama mereka.



Mereka bertekad mendidik si kecil sebaik-baiknya dengan harapan kelak menjadi seorang mujahid yang akan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin dari penjajahan Israel.

Ternyata Allah miliki perancangan lain,” ucap Shaadi. “Semoga kami dapat bertemu di syurga kelak, seperti harapan Ayat dalam surat terakhirnya. Saya tahu dia gadis berkeperibadian kuat, tegar, dan cerdas. Dia mencintai negara dan agamanya lebih dari apa pun.

Setiap saat, lanjut Shaadi, Ayat memang selalu memimpikan operasi syahid. “Kami pun pernah bercita-cita untuk syahid bersama-sama. Ternyata Allah telah memilih dia terlebih dahulu. Kalau ada kesempatan, saya akan menyusulnya segera. Semoga Allah mengabulkannya,” ucap pemuda Palestin yang baru saja meraih gelar sarjana muda itu.



Preview Kisah To Die In Jerusalem


(moga ada sesuatu dari kisah ini akan dapat saya perolehi dari filem ini biarpun ia datang dari acuan pemikiran Barat. Sekali lagi Barat menjadi juara, di mana Muslim dalam memfilemkan sendiri perjuangan figura-figura penting perjuangan Islam ?

Selasa, 10 Februari 2009

Ceramah Palestin


Tarikh : 12 Februari 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat:
Jln. Merbau, Bandar Putra Kulaijaya, Johor.
(berhadapan Sekolah Agama Bandar Putra)

Penceramah:
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
(Pesuruhjaya PAS Pahang)

Dijemput hadir beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan padu anda kepada saudara-saudara kita di Palestin.
"Hidup Islam...Hancur Zionis"
"Allahuakbar"

Isnin, 9 Februari 2009

Senyuman Syuhada' Ghazzah

Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya:”Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.(riwayat Muslim)


الموت في سبيل الله أسمى أمانينا

Bangga mendapat syahid yang diidamkan

[klik sini utk lihat lg gmbr]




Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid

Pergi Mendapatkan Janji Allah swt

Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu

Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w:”Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!.” Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:”Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan.

sumber gambar : ust nasarudin tantawi

Khamis, 5 Februari 2009

“Aku mahu syahid di Ghazzah”

“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin”

Ini adalah sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas pada 28 Januari 2009 yang bermottokan Ghazzah telah menang

Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.

Ini adalah semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh orang tua yang berumur hampir 90 tahun. Bagaimana dengan orang muda seperti penulis dan pembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan sebegini.!





Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel. Walaupun Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa kekuatan jasadiyyah, mata beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini menimbulkan kegerunan kepada israel. Orang sebegini mampu berjuang sehingga mendapat pahala syahid.

“kemenangan di Ghazzah merupakan kemenangan permulaan. Kita masih menunggu kemenangan yang menyeluruh dengan pembebasan bumi Palestin.”

“Ahli Ghazzah bersatu atas dasar iman dan ukhuwwah, dengan sebab itu, Allah SWT telah menyatukan hati-hati mereka. Israel dan sekutu-sekutunya ingin memecahkan kesatuan antara penduduk dengan pemerintah dengan mengadakan pelbagai sekatan dan melaparkan penduduk Hamas untuk menyusahkan pemerintah Hamas. Tetapi sayang, penduduk Ghazzah menerima kelaparan dan menolak untuk tunduk kepada Israel”

Itulah antara sedutan kata-kata yang penuh bersemangat oleh Imam Qaradhawi. Sepatutnya para pemuda perlu mengambil pengiktibaran di atas semangat yang ditonjolkan oleh beliau.

Palestin mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia juga menjadi perebutan antara tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di zaman Kristian berkuasa, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Di zaman yahudi, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Ketika Islam menguasai bumi Palestin, penduduk yang beragama kristian dan yahudi dibenarkan untuk melawat tempat ibadat mereka tanpa diganggu dan dizalimi. Inilah toleransinya Islam sehingga digeruni dan didengki oleh penganut agama lain.

Walaupun yahudi Zionis telah mengumumkan penarikan tentera di Ghazzah, tetapi penulis yakin, serangan itu pasti kembali. Yahudi adalah bangsa pengkhianat kepada perjanjian.Semenjak zaman Nabi Musa lagi, bangsa yahudi selalu melanggar perjanjian.

Perangai buruk itu terus menerusi diwarisi oleh anak cucunya hingga kini. pelbagai perjanjian genjatan senjata sudah dilakukan, tetapi akhirnya perjanjian ini terus dikhianati. Kemudian yahudi akan menuding jari kepada Hamas kerana menjadi penyebab kepada perjanjian ini dilanggar.

Amerika dan PBB terus menyokong yahudi Zionis dan terus menerus mempersalahkan Hamas setiap masa. Terbaru kenyataan Barack Obama yang mempertahankan tindakan Yahudi Zionis terhadap serangan tersebut. Penulis tidak pasti adakah kenyataan ini keluar dari hati nurani beliau atau terpaksa mengikut telunjuk pelobi yahudi di Amerika.

Yahudi berjaya mempengarui kuasa besar. Tetapi tindakan Hamas tidak mampu menarik simpati pemimpin umat Islam. Pemimpin umat Islam sudah hilang sensitiviti terhadap nasib saudaranya sendiri.

Walaupun serangan Yahudi telah berakhir, boikot mesti diteruskan. Pastikan ekonomi yahudi lumpuh sehingga mereka terpaksa merayu kepada dunia Islam. Semakin kuat dokongan kepada ekonomi yahudi, semakin kuat serangan terhadap umat Islam.

Kristian pernah menguasai bumi Palestin hampir 100 tahun. Kemudian Sultan Salahuddin telah membebaskannya. Yahudi Zionis telah menguasai bumi Palestin hampir 60 tahun (1948-2009). InsyaAllah umat Islam akan kembali membebaskan bumi Palestin dalam masa terdekat ini melalui kekuatan yang diberikan kepada Hamas.

Sama-samalah kita doakan.

sumber


Isnin, 19 Januari 2009

Pengisytiharan kemenangan Hamas dan pejuang palestin


Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:
"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”
Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.
Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)
Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Sumber :
laman blog salman maskuri

Jumaat, 16 Januari 2009

Inilah doa kita...

QUNUT NAZILAH..

Kita hanya mampu berdoa, dan terus berdoa utk sahabat2 Palestin dan HAMAS... mg2 Allah menerima doa2 kita.. Hancurkan tentera2 Yahudi yang memerangi umat Islam Palestin dan pejuang2nya. . mg2 Allah menghancurkan mereka sehancur2nya dan menurunkan bantuanNya dari langit..ameen. .

Berikut pula adalah kupasan berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah),

Hadis daripada Ibnu Abbas RA:

Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.(Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah. Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk.


Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:


Ertinya: "Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah)
Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.

"Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang.(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

petikan dari : fiqh-sunnah.blogspot



DOA QUNUT NAZILAH

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق
وفى كل مكان و فى كل زمان


Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين ,
اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم,
اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم
و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك


Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة ,
وقنا عذاب النار


Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين ,
و الحمد لله رب العالمين


As-Syahid Syaikh Said Shiam, 50 tahun berjuang melindungi rakyat Palestin.

Jumaat ,16/01/2009 - Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.

Setengah Abad Berjuang dan Berkorban

50 tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah. Hidupnya dipenuhi pengabdian dan pengorbanan, berjihad dan berjuang serta membela nasib rakyat Palestin.

Syaikh Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds(tahun 2000).

Seorang Guru yang Soleh

As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. BeliaU juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza.

Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan “Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.

Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid

Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil.

sumber : PalestinKini.info

Khamis, 15 Januari 2009

the fact

Buktikan sokongan kita!!

Rayuan Gaza
Penghuni gaza kini diselubungi kepayahan dan keperitan angkara Zionis. Kewajipan untuk kita menghulurkan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza. Hulurkan Bantuan!
Tabung kemanusiaan Harakah,
14069010021298 BIMB

Sumbangan anda adalah bukti sokongan kita kepada rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang sedang tertekan dan dihimpit oleh musuh-musuh Allah.

Mereka merupakan barisan hadapan dalam mempertahankan hak dan maruah umat Islam keseluruhannya, anak-anak kecil, perempuan, orang tua sanggup untuk mempertahankan bumi suci umat Islam dengan nyawa dan darah mereka. Apakah sumbangan kita untuk mereka ini...

Inilah persoalan yang wajib kita jawap dihadapan Allah nanti, seandainya wang ringgit, tenaga, masa dan kehidupan duniawi menjadi penghalang kepada usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa bumi ini milik kita yang wajip dipertahankan. Maka tunggulah.... sehingga Allah menentukan keputusannya.

Firman Allah:
"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri (Makkah ) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang peminpin yang membela kami (dari ancaman musuh)". An Nisa ayat: 75

Ulama terkenal Syeikh Dr. Yusuf Qardawi dalam fatwanya:

"Hukum syarie yang disarankan syariat Islamiah melalui pelbagai mazhab dalam keadaan sekarang(serangan rejim Zionis ke atas Gaza) adalah wajib ke atas umat Islam bergabung dengan bangsa (rakyat Palestin di Gaza) yang dicerobohi seandainya bangsa tersebut tidak mampu melawan pencerobohan tersebut bersendirian. Orang Islam adalah umat yang satu... Islam mewajibkan berperang semata-mata membantu golongan yang lemah".

mudah-mudahan walau RM1 sumbangan kita menjadi saksi diakhirat kelak atas bantuan kita dalam penyaluran kepada kebajikan saudara kita Palestin daripada RM1 kita salurkan kepada Macdonald utk 'kebajikan perut' kita!!

Rabu, 14 Januari 2009

Tahniah!! inilah hasil boikot anda!!

Hopefully, any boycotter here will be inspired by this article. insyaAllah.


Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.


Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

p/s : Jadi,apa yang ditunggu lagi? teruskan usaha kita memboikot secara istiqamah,usah bermusim. Mudah-mudahan,berhasil.

sumber artikel ni dpt drpd ssorg diposting yahoo.groups.