KOTA BHARU: Seorang penuntut pondok, memilih hukuman penjara apabila didenda RM90 atau penjara dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas dia disabitkan kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar kerana memakai serban.
Penuntut Madrasah al-Diniah al-Bakriah dekat Pasir Tumboh di sini, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk tidak membayar denda itu dan sedia menjalani hukuman penjara atas pendiriannya berpegang kepada prinsip mempertahankan sunnah.
Terdahulu, Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri Sultan Ismail Petra, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati peguam bela penuntut terbabit gagal menimbulkan keraguan munasabah dan mengesahkan penuntut terbabit yang juga orang kena saman (OKS) adalah seorang lebai.
sumber : Berita Harian

gambar hiasan
Al-Hasan bin Ali Al-Khallal dan lainnya menceritakan kepada kami, dengan hadis tersebut, mereka berkata :"Abu 'Ashim memberitahukan kepada kami, dari Tsaur bin Yazid, dari Khalid bin Ma'dan dari Abdurrahman bin Amr As Sulami, dari Al-IrU"ad bin Sariyah, dari Nabi SAW seperti hadis Bahir bin Said.dari Bahir bin Said dari Kholid bin Ma'dan, dari Abdur Rahman bin Amr As Sulami, dari Al-Irbadh bin Sariyah berkata :"Rasulullah SAW menasihati kami pada suatu hari setelah solat Subuh suatu nasihat yang penting yang mana mata menangis dan hati bergetar kerananya". Seseorang berkata :"Sesungguhnya ini adalah nasihat orang yang akan meninggalkan, maka dalam hal apa saja engkau mengamanatkan kepada kami wahai Rasulullah ?" Beliau bersabda :"Aku pesan kepada mu sekelian agar bertaqwa kepada Allah, mendengar dan taat, biarpun seorang hamba sahaya dari Habsyah (yang memimpinmu) kerana sesungguhnya orang yang hidup (panjang) di antara kamu tentu akan melihat terjadinya banyak perselisihan. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru kerana sesungguhnya perkara-perkara yang baru (bidaah) itu sesat. Barang siapa di antara kamu menjumpai hal itu, maka ia harus berpegang kepada sunnah ku dan sunnah para khalifah yang lurus yang diberi petunjuk, peganglah sunnah itu dengan kuat-kuat". Al-Irbadh bin Sariyah dipanggil dengan Abu Najih. Dan hadis ini diriwayatkan dari Hujr bin Hujr dari Irbadh bin Sariyah dari Nabi SAW seperti hadis Bahir bin Sa'id.
Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 4. Hadis Nombor 2817.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan