.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"

Jumaat, 11 Disember 2009

Ia Pasti Tiba


"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"...

- Ustaz Asri Rabbani


Bismillah, walhamdulillah.

hari ni hari jumaat...cukup terasa tenang dan damai. entah kenapa hari ni tak seperti selalu...cukup menenangkan jiwa dan mghilangkan kekusutan serabut urusan kerja. kan best kalau hari2 camginie. tgh dok belek2 kaset2 lama...trjumpa kaset rabbani,album Arah..album kedua rabbani kalau tak silap. terkenangkan sebentar Allayarham Ust Asri,vokalis utama.

ingat lagi masa kecik2 dulu,paling suka nasyid Nada Murni, lagi2 lagu Munajat. aku suka nasyid dulu2. Lirik hebat menusuk jiwa,berhikmah, alat muzik pn kurang (xde bunyi gitar,cme kompang n gendang jer). Nasyid The Zikr versi lama pun sme. kalo dulu gi rmh pkcik kt prkampungn arqam kuang s'gor tu,msti g studio derang dgr diorg latih nasyid. merdu suara diorg. (rabbani,raihan,hijjaz merupakn kumpln nasyid arqam sblm arqam diharamkn,majoriti derang satu team dgn abg aku dl)

"Apabila datang ajal mereka, tidak dilambatkan walau sesaat dan tidak dipercepatkan"


Benarlah janji Allah. Allah menyayangi ust Asri. Suara yang merdu dalam "Munajat" nya masih terngiang2. Tetapi nasyid ˜Pergi Tak Kembali" kali ini bukan untuk peminatnya tetapi untuk dirinya sendiri.

Ku sisipkan dengan sekalung doa agar almarhum sejahtera di sana. Hari ini hari beliau, entah esok lusa hari kita pula. Soalannya sudahkah kita bersedia untuk ke sana? Nabi ada menyebut

“ Cukuplah dengan maut sebagai penasihat“.

Ziarahlah kubur,uruslah jenazah agar jiwa ini lembut untuk tidak terlalu mencintai dunia yang fana ini. Sebaliknya menjadikan dunia ini jambatan untuk menuju ke sana. Al-Fatihah..Moga Almarhum ditempatkan brsama para solehin.


related post ; Muhasabah Kematian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan