.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"

Rabu, 16 Disember 2009

Senyuman Dari Hati


** Assalamualaikum wr. wb. **

Akhirnya! Akhirnya dapat upload jugak! Hati rasa bengkak dan letih dengan segala masalah yang timbul. Namun jalan dakwah tak pernah mudah walaupun dakwah ini sekadar dakwah kartun. Tambahan pula tajuk IBRAHzine kali ini adalah Senyuman Dari Hati. Kalau masih nak berputus asa dan bermasam muka tentu kena hukum rejam sampai mati…..

Antara Kandungan IBRAHzine v018:

KSi Bulat dan Si Bujur 2
Kartun ringkas penuh makna daripada Lifutushi @ L. Sesiapa yang berkenan dengan kartun ni boleh tolong si Bulat ni dalam pengembaraannya kat IzForum.

Sekeping Hati Blogger
Saya seorang blogger dan kebanyakan IBRAHziner di sini adalah blogger. Namun kartun ini bukan tentang saya ataupun anda kalaupun saya dan anda terasa.

Kemarau Hati eps 3
Antara sakit kaki dan sakit hati sahabat, yang mana perlu Nurul Ain lebih utamakan. Sakit kaki bukan main-main, sakit hati juga bukan kepalang. Dan apa rahsia yang Ummi simpan itu?

10 sen
Kartun karya Jiwa Lalat yang ringkas tapi terus ke lubuk hati pembaca. Karya berjudul 10 sen tapi bernilai tinggi.

Dan banyak lagi….

Muat turun sekarang di SINI!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan