.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"
Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2009

Tautan Kasih 1: Politeknik Johor Bahru

Ptg ini bermula program Tautan Kasih 1. Progam ini adalah usaha untuk menyatukan kembali ex-PJB yang selama ini tiada tautan setelah berpisah daripada alam kampus. Alhamdulillah perancangan yang diatur telah berjaya juga dilaksasnakan pada 7 -8 Mac 2009 bertempat di Chelet Sg. Lopo Hulu Langat. Sekitar jam 8.00 malam para peserta telah mula tiba ke tapak program. Peserta adalah dikalangan ahli Pusat Islam (1998-2002) dan Rakan Muda Masjid (2003-2009) yang sama-sama bergerak aktif dalam dakwah di PJB. Walaupun tidak ramai seperti yang diharapkan , mudah-mudahan ini menjadi perintis kepada permulaan perkembangan bekas-bekas pelajar dulu kembali menyatukan ukhwah. Sesaran asal adalah 70 orang, turun kepada 45 orang. Akhirnya ditakdirkan oleh Allah swt 22 orang yang dapat hadir tidak termasuk dengan anak-anak. Walaupun 22 tetapi rasanya amat bersyukur kerana berjaya menghimpunkan sahabat-sahabat dari tahun 1998 - 2009. Bemula dari malam itu mempunyai program dimualai dengan pengisian dari penceramah. Selepas itu sesi ta’aruf dikalangan peserta. Alangkah bahagianya dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat dan adik-adik. Keesokannya, selepas subuh slot usrah dilakukan. Pengisian lebih kepada menceritakan tentang pengalaman di PJB semasa belajar disana. Masing-masing dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Selepas sarapan, acara sukaneka dilakukan. Makan epal yang digantung dan tali kasih antara aktiviti yang dilakukan. Masa yang terluang digunakan untuk mandi-manda bersama-sama. Apelagi mandi sakan la…sampai mengigil. sebelum habis mandi sama-sama menbaca doa wehdah didalam sungai. Selepas itu slot yang teramat penting dalam pertemuan ini ialah perancangan pembangunan dan aktiviti yang akan datang. Dari sini maka terlantiklah jawatankuasa baru IPM yang memegang tampuk kepimpinan yang akan menyusun dan merangka aktiviti seterusnya pada masa-masa akan datang. Brainstroming juga dilakukan dikalangan peserta dengan penumpuan dilakukan kepada cadangan aktiviti-aktiviti pada masa akan datang. Pada akhirnya pengisian diberi oleh seorang aktivis pemuda di Hulu Langat dengan memberi kata semangat dan dorongan supaya meneruskan kerja dakwah walau dimanapun berada readmore.. Selepas itu acara penyampaian cebderahati kepada semua peserta dan cendera hati khas kepada bekas-bekas ketua bagi setiap batch. Akhirnya, doa wehdah dibaca dengan penuh semangat dan salin salam bersalaman sebelum berpisah. Terima kasih kepada semua yang hadir pada program tersebut. Terutama AJK program yang bertungkus lumus menjayakan program ini yang dirancang tidak smapai 2 bulan. Semua ini adalah ketentuan Allah swt. Setinggi-tinggi terima kasih buat sdr. Nizam yang terpaksa ambil cuti demi untuk mendapatkan tempat/ tapak program dan juga kepada Dr. Faizal yang menjadi penasihat sejak dari belajar sehinggalah kini. Atas nasihat dan pandangan beliau Alhamdulillah program ini berjaya di laksanakan. Akhirnya stinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana tampa izin darinya maka program ini tidak akan berjaya. Alhamdulillah… (saudara Hafiz[brcrmin mata] selaku YDP baru bagi IPM) Buat semua sahabat dan sahabiah sekali lagi ana mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana dapat hadir dan menjayakan program ini. Semoga ikatan ukhwah ini akan terus berkekalan sehingga keakhir hayat. Sesungguhya diantara manusia yang mendapat naungan Arash Allah di akhirat kelak ialah, dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah

Peserta program tautan kasih membuat senaman ringan di sebelah pagi….




Akhi firdaus, Akhi Nizam, Akhi Kirin dan Akhi rizal bersama-sama anak-anak masing-masing.. Mandi… sampai gigil…






Peserta muslimat sedang membuat halaqah.
“Tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia”



Sambil mandi sempat juga kami membaca doa whdah di dalam air…Daulah..Daulah.. Daulah Islamiah…


Diantara peserta muslimat yang hadir..


Ini dia Dr. Faizol. Penasihat IPM yang baru dilantik.. Terima kasih atas tunjuk ajar encik kepada kami. Jasa mu tetap dikenang…

dipetik dari web akhi firdaus

Jumaat, 20 Februari 2009

tautan kasih

JEMPUTAN KE
PROGRAM TAUTAN KASIH
ALUMNI PUSAT ISLAM POLITEKNIK JOHOR BAHRU

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan mengeratkan lagi ukhwah antara bekas pelajar khususnya ahli Pusat Islam Politeknik Johor Bahru. Selain itu, membangkitkan kembali tarbiyah diri bagi menghadapi dunia yang penuh pancaroba di luar kampus. Tanpa sahabat yang membantu satu ketika dulu mungkin kita tidak seperti sekarang….

Tarikh ; 7 dan 8 Mac 2009
10hb – 11hb Rabiul Awal 1430 H

Hari : Sabtu dan Ahad

Tempat : Kem Idaman Nuraini , Kuala Pangsun, Hulu Langat.



TENTATIF

PROGRAM TAUTAN KASIH PJB KE-1

SABTU 07 MAC 2009

3.00 ptg : Pendaftaran peserta / check in penginapan

5.30 ptg : Bebas

6.30 ptg : Makan malam

7.00 ptg : Solat magrib / Ta’aruf / Solat Isyak

9.00 mlm : Slot 1 : Pengisian Rohani

10.30 mlm : Minum malam

11.00 mlm : Tidur


AHAD 08 MAC 2009

5.00pg : Persiapan kendiri

6.00pg : Solat Subuh/ tazkirah

7.00pg : Aktiviti 1 : Senaman pagi

8.00pg : Sarapan pagi

8.30pg : Aktiviti 2 : Aktiviti keluarga / sukaneka

10.00pg : Diskusi : Penstrukturan / perancangan halatuju organisasi IPM

12.30 tghr : Makan tengah hari/ Solat Zohor

2.00 ptg : Slot 2 : Cabaran dakwah diluar kampus

3.00 ptg : Kemas / check out

3.30 ptg : Majlis penutup


# Bayaran RM 70 / seorang ( bayaran untuk chalet, makan,sewa dewan dll)


Kepada ketua setiap batch dikehendaki menghantar jumlah kehadiran kepada ana NURFAZURA BT MOHD SUBLI ( O10-7696591 ) email= nur_hanani84@yahoo.com selawat-lewatnya 25 Februari 09 (rabu ). Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


LANTIKAN KETUA SETIAP BATCH

Tahun 1999 – Akhi Jalal
(012- 6581053 ) email = jalal@jkr.gov.my

Tahun 2001 – Akhi Syukri
( 012-6658710 ) email= syuk_juli@yahoo.com

Tahun 2002 – ukhti Masitah Abdullah
( 012-60703994 ) email= wardhatulsafhyah@yahoo.com

Tahun 2003 – Akhi Hafiz
( 013-2361900) email = hafizmhn@yahoo.com

Akhi Hakim( 0199490302) email = su_ipm@yahoo.com

Tahun 2004 – Akhi Sofian
( 013-4123873) email = muhamadsoffian@yahoo.com

Tahun 2005 – Ukhti Sahada
( 017-7940503) email = n_sahada@yahoo.com

Tahun 2006 ke atas – Akhi Razif
( 013-7437607 ) email = tok_senyum@yahoo.com
Ukhti Munawarah ( 013-6258472 )

Selasa, 10 Februari 2009

Ceramah Palestin


Tarikh : 12 Februari 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat:
Jln. Merbau, Bandar Putra Kulaijaya, Johor.
(berhadapan Sekolah Agama Bandar Putra)

Penceramah:
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
(Pesuruhjaya PAS Pahang)

Dijemput hadir beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan padu anda kepada saudara-saudara kita di Palestin.
"Hidup Islam...Hancur Zionis"
"Allahuakbar"

Khamis, 25 Disember 2008

Kursus Kewartawan bersama Ahmad Lutfi Othman




Alhamdulillah..Pas Negeri Johor di bawah Unit ICT Pas Johor telah menganjurkan Kursus ICT dan Kewartawanan di Pejabat Pemuda Negeri di Simpang Rengam, sempat ke sana bersama 3orang sahabat lain..dapat lah sedikit ilmu dan skill cmne berblog dan jd wartawan.