.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"
Memaparkan catatan dengan label alumni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alumni. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2009

Tautan Kasih 1: Politeknik Johor Bahru

Ptg ini bermula program Tautan Kasih 1. Progam ini adalah usaha untuk menyatukan kembali ex-PJB yang selama ini tiada tautan setelah berpisah daripada alam kampus. Alhamdulillah perancangan yang diatur telah berjaya juga dilaksasnakan pada 7 -8 Mac 2009 bertempat di Chelet Sg. Lopo Hulu Langat. Sekitar jam 8.00 malam para peserta telah mula tiba ke tapak program. Peserta adalah dikalangan ahli Pusat Islam (1998-2002) dan Rakan Muda Masjid (2003-2009) yang sama-sama bergerak aktif dalam dakwah di PJB. Walaupun tidak ramai seperti yang diharapkan , mudah-mudahan ini menjadi perintis kepada permulaan perkembangan bekas-bekas pelajar dulu kembali menyatukan ukhwah. Sesaran asal adalah 70 orang, turun kepada 45 orang. Akhirnya ditakdirkan oleh Allah swt 22 orang yang dapat hadir tidak termasuk dengan anak-anak. Walaupun 22 tetapi rasanya amat bersyukur kerana berjaya menghimpunkan sahabat-sahabat dari tahun 1998 - 2009. Bemula dari malam itu mempunyai program dimualai dengan pengisian dari penceramah. Selepas itu sesi ta’aruf dikalangan peserta. Alangkah bahagianya dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat dan adik-adik. Keesokannya, selepas subuh slot usrah dilakukan. Pengisian lebih kepada menceritakan tentang pengalaman di PJB semasa belajar disana. Masing-masing dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Selepas sarapan, acara sukaneka dilakukan. Makan epal yang digantung dan tali kasih antara aktiviti yang dilakukan. Masa yang terluang digunakan untuk mandi-manda bersama-sama. Apelagi mandi sakan la…sampai mengigil. sebelum habis mandi sama-sama menbaca doa wehdah didalam sungai. Selepas itu slot yang teramat penting dalam pertemuan ini ialah perancangan pembangunan dan aktiviti yang akan datang. Dari sini maka terlantiklah jawatankuasa baru IPM yang memegang tampuk kepimpinan yang akan menyusun dan merangka aktiviti seterusnya pada masa-masa akan datang. Brainstroming juga dilakukan dikalangan peserta dengan penumpuan dilakukan kepada cadangan aktiviti-aktiviti pada masa akan datang. Pada akhirnya pengisian diberi oleh seorang aktivis pemuda di Hulu Langat dengan memberi kata semangat dan dorongan supaya meneruskan kerja dakwah walau dimanapun berada readmore.. Selepas itu acara penyampaian cebderahati kepada semua peserta dan cendera hati khas kepada bekas-bekas ketua bagi setiap batch. Akhirnya, doa wehdah dibaca dengan penuh semangat dan salin salam bersalaman sebelum berpisah. Terima kasih kepada semua yang hadir pada program tersebut. Terutama AJK program yang bertungkus lumus menjayakan program ini yang dirancang tidak smapai 2 bulan. Semua ini adalah ketentuan Allah swt. Setinggi-tinggi terima kasih buat sdr. Nizam yang terpaksa ambil cuti demi untuk mendapatkan tempat/ tapak program dan juga kepada Dr. Faizal yang menjadi penasihat sejak dari belajar sehinggalah kini. Atas nasihat dan pandangan beliau Alhamdulillah program ini berjaya di laksanakan. Akhirnya stinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana tampa izin darinya maka program ini tidak akan berjaya. Alhamdulillah… (saudara Hafiz[brcrmin mata] selaku YDP baru bagi IPM) Buat semua sahabat dan sahabiah sekali lagi ana mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana dapat hadir dan menjayakan program ini. Semoga ikatan ukhwah ini akan terus berkekalan sehingga keakhir hayat. Sesungguhya diantara manusia yang mendapat naungan Arash Allah di akhirat kelak ialah, dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah

Peserta program tautan kasih membuat senaman ringan di sebelah pagi….




Akhi firdaus, Akhi Nizam, Akhi Kirin dan Akhi rizal bersama-sama anak-anak masing-masing.. Mandi… sampai gigil…






Peserta muslimat sedang membuat halaqah.
“Tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia”



Sambil mandi sempat juga kami membaca doa whdah di dalam air…Daulah..Daulah.. Daulah Islamiah…


Diantara peserta muslimat yang hadir..


Ini dia Dr. Faizol. Penasihat IPM yang baru dilantik.. Terima kasih atas tunjuk ajar encik kepada kami. Jasa mu tetap dikenang…

dipetik dari web akhi firdaus

Jumaat, 20 Februari 2009

tautan kasih

JEMPUTAN KE
PROGRAM TAUTAN KASIH
ALUMNI PUSAT ISLAM POLITEKNIK JOHOR BAHRU

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan mengeratkan lagi ukhwah antara bekas pelajar khususnya ahli Pusat Islam Politeknik Johor Bahru. Selain itu, membangkitkan kembali tarbiyah diri bagi menghadapi dunia yang penuh pancaroba di luar kampus. Tanpa sahabat yang membantu satu ketika dulu mungkin kita tidak seperti sekarang….

Tarikh ; 7 dan 8 Mac 2009
10hb – 11hb Rabiul Awal 1430 H

Hari : Sabtu dan Ahad

Tempat : Kem Idaman Nuraini , Kuala Pangsun, Hulu Langat.



TENTATIF

PROGRAM TAUTAN KASIH PJB KE-1

SABTU 07 MAC 2009

3.00 ptg : Pendaftaran peserta / check in penginapan

5.30 ptg : Bebas

6.30 ptg : Makan malam

7.00 ptg : Solat magrib / Ta’aruf / Solat Isyak

9.00 mlm : Slot 1 : Pengisian Rohani

10.30 mlm : Minum malam

11.00 mlm : Tidur


AHAD 08 MAC 2009

5.00pg : Persiapan kendiri

6.00pg : Solat Subuh/ tazkirah

7.00pg : Aktiviti 1 : Senaman pagi

8.00pg : Sarapan pagi

8.30pg : Aktiviti 2 : Aktiviti keluarga / sukaneka

10.00pg : Diskusi : Penstrukturan / perancangan halatuju organisasi IPM

12.30 tghr : Makan tengah hari/ Solat Zohor

2.00 ptg : Slot 2 : Cabaran dakwah diluar kampus

3.00 ptg : Kemas / check out

3.30 ptg : Majlis penutup


# Bayaran RM 70 / seorang ( bayaran untuk chalet, makan,sewa dewan dll)


Kepada ketua setiap batch dikehendaki menghantar jumlah kehadiran kepada ana NURFAZURA BT MOHD SUBLI ( O10-7696591 ) email= nur_hanani84@yahoo.com selawat-lewatnya 25 Februari 09 (rabu ). Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


LANTIKAN KETUA SETIAP BATCH

Tahun 1999 – Akhi Jalal
(012- 6581053 ) email = jalal@jkr.gov.my

Tahun 2001 – Akhi Syukri
( 012-6658710 ) email= syuk_juli@yahoo.com

Tahun 2002 – ukhti Masitah Abdullah
( 012-60703994 ) email= wardhatulsafhyah@yahoo.com

Tahun 2003 – Akhi Hafiz
( 013-2361900) email = hafizmhn@yahoo.com

Akhi Hakim( 0199490302) email = su_ipm@yahoo.com

Tahun 2004 – Akhi Sofian
( 013-4123873) email = muhamadsoffian@yahoo.com

Tahun 2005 – Ukhti Sahada
( 017-7940503) email = n_sahada@yahoo.com

Tahun 2006 ke atas – Akhi Razif
( 013-7437607 ) email = tok_senyum@yahoo.com
Ukhti Munawarah ( 013-6258472 )

Khamis, 27 Disember 2007

REUNION 22.12.07

assalamualaikum, program reunion buat pertama kalinya buat bekas-bekas student smk senai (lahir tahun1987),22hb dec 07(sabtu) lepas brlangsung dengan sukacitanya dirumah aku. nk tau pe sejarahnyer?seawal tahun 2003 dl,mse tgktn4,rmai mmber2 dari kelas 3A n 3B smk senai PMR'02 dpt lar panggilan ke sekolah laen (result diaorg ok,dptlar msuk sek bgus2).
so,sbb dh sedih sgt utk brpisah,kitorg pakat2 nk wt reunion ble dh bis blajo nt,bncg pnye bncg,tetaplah tarikh 01-01-08,depan hospital jay bee,kul 11pg, sbg tarikh keramat utk kitorg jmpe lek. maka arakian yang demikian,bersetujulah kami bahawa pada tarikh keramat trsebut utk kmbali bersua walau apapun terjadi. alih2,hujung tahun 2007 ni,sorg p xde nk kabo,dgr bunyi pn x,aku pn pe lg,hntr la msj kt semua org,countdown reunion tue,hekeleh semua wt dek jer,xingat konon..huhu.

tp xpela, walo pepn,sglnya dh brjln dgn lancar dan berkesan ari tue, cme targetnye je lar yg xtrcapai, tp leh tahan gak lar ramai yang datang,dkat 50 orang, pmpuan dgn laki, 3:1,ramai kn diorg?meremang bulu roma aku mlm tu,mane taknyer,semua pakai baju 'mentol2' dengan tema 'hitam puteh'..abah aku pn garuk pale tgk,dgn aku pakai bj melayu kain pelikat jer mlm tu. ader jgk yg tanye aku "nape pakai mcmgni,ktorg terbatas lar.." aku senyum jer. dgr diorg tnye gitu,naik geram aku,pe slh ke aku pkai mcmgtu,tutup aurat lagi,drpd diorg tue?

tnye kt semua mse tue, semua dh trcampak ke semua negeri dah skrg,utara,pantai timur,pantai barat,sabahsarawak,tetap kat selatan ni pn de gak,,ader yg sambung blajo,keje,yg dh kawin pn ader. mlm tu menu ader mcm2,bbq ayam,satay,otak2,nasi grg etc. tp syg, bnyk lebihn mknan lbih,msg2 tapau wt blk.dan xlupe gak,ader souvenir utk diorg bwk blk mlm tu,knang-knagn org tue ckp. Ckg zizin pn de gak malam tu,satu family datang.

kesimpulannya drpd mjlis mlm tue,dapat aku simpulkan,
  1. objektif sbnrnye mlm tu adalah reunion@kembali brsatu/jmpe. tapi leh fokus kt mkn lak,oleh yang demikian,ramai yg xnk join lagi2 bdk2 lelaki,sbb mls nk byr cas yang dikenakan,maka ramai la yg xtrun mlm tue ats asbab,mls nk byr. dak2 pmpuan beselah,xde mslh kalo psl kwgn ni,biasiswa FAMA(father n mother) diorg backup lagi kan.
  2. mgkinkah mlm tu boleh digolongkan sbgai mjlis maksiat atau mungkar?yer..sebab,masing2 isyak lambat,cmpur laki pmpuan(walopn aku dh bgtau),tiada langsung unsur zikrullah (sbb aku prnh dgr,mjlis yg dlmnya tiada zikrullah/mengngati allah,maka ia adalah majls maksiat atau tiada kerahmatan dari allah), namun aku berdoa mlm tu,moga aku dan keluarga ku trhndar dari segala bala dan musibah asbab mjlis itu berlangsung dikawasan luar rumah aku.
  3. rata2 malam tu ader la teman-teman seperjuangan kt sekolah dl yg dtg(walaupn xsatu kelas),teman sepelajaran,same2 blajo agame(smpai drjah khas) tp rase musykil dan trtnye2,knape semua spt org yg xder ilmu langsung?maksudnyer,yg dok pkai bj sendat2,bj kecik,seluar pendek,pdhal dh bgtau dh,pkaian tema adalah mnurut batasan aurat dan beradab sopan,pastu slamber jer ketawa gurau senda campur laki pmpuan smpai tgh mlm,mcm dh jd trend dier. ini la akibatnye,bile mane ilmu sekadar ilmu,tiada pengamalan dan pghyatan dlm khdupn seharian,pastu tiada usaha utk prcmbhan ilmu. ini la situasi yg mcm naqib usrah aku ckp, golongan2 yg trcicir;golongan2 umat akhir zaman;mereka yg lari dari rahmat allah(nauzubillah); tringat aku satu firman allah dalam surah annur ayat 31,
ertinya : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


nyata dan terang malam tu,bagaikan aku didunia yang asing. mdh2an,next time xder lagi rumah aku trpilih sbgai tmpt reunion lagi,xsanggup aku.

pe2pn,time kasih bbnyk buat faizul(UTM), nuar(IPD SIK,KEDAH), nazirah(UTHM) yang sanggup korbankan mase cuti diorg utk manage reunion ni utk jd yg mjlis trbaek,syukran. dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau x langsung utk mnjayakan reunion ni. mdh2an,semua brjaye dn cmerlang dlm kerjaya masing2. insyaAllah,akan dtg akan kite wat lagi semua ni ye. salam perpaduan.

nk tgk gambo reunion yang lepas,klik kat sini yer.

~salam ukhuwah,salam mesra~