.:: Air Mata Pemadam Api Neraka ::. "Ya Allah ! Ya Tuhanku Jadikanlah air mataku di waktu takut dengan-Mu Pemadam api neraka-Mu Jatuhnya air mataku menggugurkan segala dosa-dosaku Tuhan !Kalau bukan dengan rahmat-Mu Aku tidak akan selamat Setidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu Aku tidak terlepas daripada azab Aku lemah, bantulah aku Nafsuku serakah Bantulah aku bermujahadah selalu Syaitan yang menipu dayaku Lindungilah aku darinya Jalan kesesatan terlalu banyak Ada yang jelas Ada yang kesamaran Kalau bukan pimpinan-Mu Aku tersesat jalan Pimpinkanlah aku selalu Agar aku selamat menuju-Mu"

Khamis, 10 September 2009

Masih Ada Lagi...

Mendamba cahaya

Mejanya yang tampak berselerak dikemas2kan, agar nampak cantik tersusun. Lalu pantas tangannya mencapai tafsir al-Quran kecil dan membelek-belek helaian demi helaian mencari surah yang ditangguhkan dalam tadabburnya usai subuh tadi, mencari dan mencari,jumpa. Teringat dia akan pesanan ustaz nazrim dalam usrah minggu sudah, jangan sia-siakan waktu yang berlalu dalam ramadhan tanpa diisi dengan ilmu atau zikrullah. Lalu dia menyimpulkan, tadabbur al-quran juga satu zikrullah.

Dia membelek-belek lagi ayat sebelumnya yang telah dibaca, mengamati satu-persatu ayat-ayat dalam surah Hud, juzuk 12 itu untuk kembali mentadabburinya. Ya,tadabbur. Bukan sibuk berlumba-lumba tadarus al-quran sebanyak yang mungkin untuk cepat khatam tapi adalah menghayati maksud ayat,kisah-kisah dan pengajaran didalamnya. Bukankah itu lebih baik. Bukan beliau tidak bersetuju dengan style cepat khatam, ramadhan lepas pun dia demikian juga,berjaya khatam dua kali dlm sebulan. Tapi teguran daripada naqibahnya pada awal ramadhan tempoh hari betul-betul membuatnya terpukul.

“Kita kata merindukan ramadhan, tetapi bila dah bertemu dengannya, tiada langsung perbezaan antara ramdhan kita yg sudah dengan ramadhan kali ini. Tiada langsung kita memperbaiki hubungan antara ‘kekasih’ kita ini, kita hanya masih sibuk lagi dengan matlamat cepat khatam kita. Tiada langsung peningkatan. Padahal pada bulan kelahiran al-quran ini lah masanya untuk kita rasa lebih dekat,lebih mengenali siapa dia al-quran. Bagaimana cara? Hayatilah sifatnya..fahami maksudnya yang tersurat, yang tersirat, pengajaran kisah-kisah umat terdahulu, nikmat syurga azab neraka dan macm2 lagi. Bukankah itu lebih baik?? ”

Aduh,terhantuk dia dibuatnya.. Kak Irene naqibah kesayangannya memang bijak mencari sudut untuk tarbiah mgikut peringkat kemampuannya. Ada saja kata-kata yang buat jiwanya terisi. Tika dia baru kenal al-quran di rumah jemaah dulu,kak irenelah yg cabar untuk lumba siapa paling banyak bertadarus. Kemudian,siapa paling bnyak hafaz. Sekarang ni pula, lain jadinya. Tapi cepat dia rasionalkan,pasti ada hikmah yg besar disebaliknya. Cepat2 dia memujuk hatinya usah terlalu merungut. Redha Allah itu yang penting. Teguran lafaz tutur kak Irene yang lemah lembut berisi pedas itu dia hadam cepat2 dan terus amalkan. Yang penting, nur Al-Quran itu yang didambakannya.

Dia masih khusyu’ menghayati kisah kaum tsamud dan ‘ad dalam surah hud itu. Azab allah yang dasyat ke atas umat-umat terdahulu asbab ingkar atas seruan untuk beriman pd allah yang diajak oleh nabi, membuatnya terasa gerun. Dia tenggelam dalam khusyu’ menghayati kisah-kisah nabi itu.

Sedang hanyut dalam alunan kalam rabbi, tiba-tiba intercom diatas mejanya berbunyi

“Nafisah” bunyi suara daripada intercom

“ye tuan haji?” balasnya. Ya Allah, bila pulak tuan haji masuk ni, camane boleh tak perasan pulak,cepat pulak ari ni,selalu lambat masuk kalau pas zohor…cetus hatinya.

“kalau dah selesai mengaji, tolong hantarkan benda yang saya mintak pagi tadi ye.”

“baik tuan haji, sebentar lagi saya hantar” ish,malunya…tn hj nampak pulak tadi. Kemerahan mukanya menyingkap malu keseorangan.

Hajatnya untuk meneruskan pentadabburannya ditangguhkan, menyemak kembali semua perkara yang diminta oleh majikannya pagi tadi untuk diserahkan. Dia masih cuba menenangkan diri, menahan malu yang belum sudah. Kebiasaan, jika selepas zohor majikannnya itu masuk pejabat pada pukul 2.30ptg, tapi kali ini belum pukul 2ptg dah masuk ke pejabatnya. Tak perasan pulak tu. Mahu terperanjat besar dibuatnya.


MERINDUI AISYAH

“Assalamualaikum, boleh saya masuk?”

“Wsalam, ya silakan. Maaf lah tadi menganggu awak tengah mengaji.”

“Owh, tidak mengapa.” Dia melakukan perkara biasa setiap kali masuk dalam pejabat majikannya ini. Menarik tirai yang menutupi cermin. Azri yang sudah masak dengan perangainya membuat endah tak endah sambil meneruskan catatannya.

“Tn hj, ini fail-fail yang tn hj mintak tadi, semua laporan unit-unit ada dalam tu. Dan ini semua surat yang perlu ditandatangan, sekadar mengingatkan kalau boleh tn hj semak dulu ye sebelum turunkan tandatangan untuk diluluskan.”

“Ye..insyaallah, terima kasih. Ade lagi yang lain?” Tanya Azri yang masih dalam keletihan baru kembali daripada dua mesyuarat yang berturutan sejak pagi tadi. Sejuk hatinya bila melihat pekerja nya mengamalkan bacaan quran.

“Yup,ade. Ok, ini semua list meeting yang tn hj perlu hadiri minggu ni, minggu depan dan sebulan yang akan datang. Cuba semak dulu.”

Sambil mendagu kepala “Subhanallah…banyaknya. Padat jadual saya minggu ni. Yang mana meeting tak memerlukan tak payah saya ada rasanya kot…kalau hari2 meeting migraine saya dibuatnya nanti. Awak potong je la mana2 yang patut. Sampai meeting projek kecil pun masuk sekali. Kalau saya ada pun saya duduk dengar je nanti, bukan diberi peluang cakap pun. Potong jer!” Penat belum hilang, ditambah lagi dengan bebanan yang beban.

“Masyaallah…maafkan saya ye tuan haji.” Nafisah duduk dan memandang majikannya.

“ kan tn hj selalu cakap, setiap amanah yang diberi kita perlu bertanggungjawab, hatta perkara yang sekecil2nya pun perlu diambil kira, itulah sikap seorang ketua atau leadership. Nanti kelak Allah tanya,apa kita akan jawab jika kita lalai dalam amanah yang diberi. Itu yang selalu tuan haji ingatkan kami, takkan tn hj dah lupa?hehe…” Sambil tersenyum dia menyambung “tuan haji, Allah tidak membebani seseorang melainkan yang terdaya olehnya” Lafaznya tenang.

Tersentak sebentar.
“Astaghfirullah…ye ke?saya ada cakap mcm gitu ye?” Sambil menggeleng “teruji saya dibuatnya. Betullah apa yang selalu orang cakap, kita akan diuji dengan apa yang kita sampaikan.” Keluh azri melepaskan nafas panjang…

“Erm..betul tu. So,tn hj tgk dulu ye semua list meeting tu,saya dah susun ikut keutamaan. Ok last sekali, ini action list untuk perhatian selanjutnya daripada tuan haji dan yang ini 10 perkara yang perlu tindakan segera tuan haji.”

“Lepas tu, ini ada sikit risalah untuk bahan bacaan tn hj kalau ada kelapangan, saya ambil kat masjid sebelah masa zohor tadi. Ok tu saje, ada apa yang lain lagi yang boleh saya bantu?” Tanyanya senyum menanti jawapan daripada majikannya.

Azri alhakim membaca dan membelek satu persatu item yang perlu diselesaikan yang disenaraikan setiausahanya. Dia membaca sekali lalu risalah nur Qalb yang dilampirkan bersama. Hatinya tiba2 menjadi tenang..kepalanya yang kusut terasa lapang, terasa bebannya ringan sekejap, terasa batu besar yang menghempapnya hilang, terasa ada seseorang yang memahami beban kerjanya, terasa seperti ada seseorang sudi berkongsi masalah dengannya. Kehadiran nafisah betul-betul membuat dirinya terasa senang. Hatinya berbunga-bunga. Oh, alangkah bahagianya diri. Dia termenung sebentar menikmati ketenangan dan menghayati kebahagiaan yg tercipta..

“tuan haji?”

Sambil tersenyum lebar. “Alhamdulillah…terima kasih banyak2. tu saje rasanya, takde pe lagi..kalo ada nanti saya panggil awak ye.”

“Ok. Sama2. kalau begitu, saya keluar dulu ye. Same2 Ikhlaskan niat” bingkas nafisah bangun untuk beransur.

“Err..kejap. maaf, boleh saya tanya sesuatu?”

“Boleh tn hj, Tanya apa tu ye?” kembali duduk.

“Kenapa awak buat semua ni untuk saya?”

Dahinya mengerut kehairanan, “ha,apa maksud tn hj?”

Senyap sebentar, Azri cuba menyusun ayat di benak fikirannya

“Ye lah, awak listkan semua perkara yang perlu saya buat, awak susun jadual kerja saya, awak ingatkan saya itu, ingatkan ini…padahal saya boleh buat sendiri semua tu. s/u saya sebelum awak masuk takde pun buat semua ini untuk saya. Dan yang sebenarnya saya gajikan awak adalah untuk jadi setiausaha syarikat, bukan setiausaha peribadi saya. Awak bekerja untuk syarikat, bukan berkhidmat untuk saya.”

Azri al-hakim menuntut respon dari nafisah, gadis graduan bertudung litup, setiausaha yang baru berkhidmat sebulan di syarikat konsultannya ini.

“Awak tahu, banyak perubahan yang awak bawa pada pejabat ni, (hingga aku juga turut terubah)” bisik hati kecilnya.

“Err..salah ke saya buat semua tu? Maaf lah, saya cuma buat yang terbaik.”

Nafisah dirudung rasa bersalah kerana cuba membuat angin baru dalam syarikat majikan barunya ini. Dia tidak tahu apa yang patut dijawab. Tunduk membisu.

“Eh, apa pula, bukan tu maksud saya, tak salah pun. Sebenarnya baguslah, awak lakukan perkara yang betul.” Balas azri dengan nada meleret sambil tersenyum kambing “Err..tapi itulah,cuma..”

Terhidu sesuatu daripada nada bicara majikannya itu,dia terasa tdak selesa. terus dia memotong,

“Maaf ye tuan haji, boleh saya jelaskan sesuatu yang patut saya selesaikan..” dia cuba manfaatkan peluang yang ada.

“ingin saya katakan bahwa saya ada prinsip kerja saya sendiri. konsep orang mukmin itu, bila diberi sesuatu tanggungjawab dia perlu bersungguh-sungguh melaksanakannya, perlu ikhlas dan dengan niat yang satu, dan segala ganjaran balasan diserahkan kepada allah” Jawabnya tegas.

Hening sebentar suasana pejabat CEO itu. Nafisah tahu, dia perlu perjelaskan kepada majikannya ini pendirian dirinya sebagai seorang muslimah, dan bagi memperjelaskan lagi kontroversi yang melanda dirinya yang heboh dikalangan rakan sekerja konon dia cuba memikat majikan muda ini.

Dia menambah, “Dan semua ini, saya lakukan mengikut peranan jawatan yang diberi, ibarat pembantu kepada ketuanya semata-mata. Lantaran melihat amanah ketuanya yang berat, maka seorang pembantu perlulah memahami keadaan ketuanya dari sudut pengurusan waktu, urusan tenaga, persekitaran atau sebagainya dalam perkara berkaitan syarikat, yang mana mudah2an yang demikan dapat membantu seseorang ketua itu untuk mentadbir dengan baik anak-anak buahnya sekaligus melancarkan urusan syarikat. Bukankah itu akhirnya akan melahirkan satu hubungan yang baik antara majikan dan pekerja?bila dah baik dan saling memahami, maka pasti segala urusan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut waktu yang ditetapkan. Itulah yang sebenarnya konsep dalam suasana kerja yang boleh kita selitkan nilai-nilai agama. Mengapa saya lihat ada pihak yang memandang sempit tentang perkara sebegini?apakah ada salah disitu?” Ujarnya panjang lebar. Ya, memang itu pendiriannya. Awal2 lagi sebelum lapor diri dia sudah pasang niat, ikhlaskan diri untuk bekerja, dan taat pada ketua selagi bukan maksiat. Dia cuba mencontohi satu hadis nabi pada keyakinan menawan kota konstinaple, akan dapat ditawan oleh pemerintah yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Dia cuba mengaplikasikan dalam kehidupan kerjanya,apa salahnya dia menjadi antara elemen yang dapat menghasilkan produk diri yang baik melalui syarikat mengikut konsep hadis nabi itu. Niatnya sudah bulat, kalau perlu dia bantu ketuanya untuk menjadikan sesuatu yang baik, maka itulah yang akan dilakukannya. Dia yakin dan pasti akan janji Allah. (al-maidah:2)

Azri terasa kagum dengan hujjah dari setiausahanya ini. Dan sememangnya dia kagum dengan gadis ini. Kagum dengan akhlaknya, batas syariatnya, pendiriannya. Gadis ini sentiasa cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya, tetapi dalam masa yang sama cuba mencover dengan perkataan manisnya agar orang tidak berkecil hati dengan tindakannya. Memahami bahaya berdua-duaan dan cuba sesuaikan dengan situasi kerja, masuk dalam pejabat majikannya ini pun dia tarik tirai naik agar orang lain nampak dari luar cermin apa yang berlaku didalam. Apa tidak pelik jika ada orang buat sebegitu?tapi dia tak canggung menjelaskan kepada semua pekerja mengapa tindakannya sebegitu, membuat semua orang faham. Pernah dia diberi amaran oleh nafisah, jangan sekali-kali melakukan perkara yang menghilangkan kepercayaannya terhadap ketuanya yang dia hormati. Dan dalam percakapannya,ada saja unsur nasihat yang diselitkan bersama. Yang paling azri kagumi, nafisah sungguh peramah dan berani membentangkan sesuatu dengan yakin dihadapan walau dewan yang dihadiri majoritinya kaum lelaki. Jarang sekali azri melihat seorang muslimah berjubah bertudung litup punyai keberanian sebegitu. Namun bila keseorangan tampak pemalunya yang amat. Sungguh, dia memang seorang yang menjaga agamanya. Dan tampak diwajah redupnya segunung keikhlasan.

“Ya, benar. Laksanakan tugas mengikut peranan dan memahami keadaan ketuanya, saya bersetuju dengan awak. tidak, tiada salahnya pun, bahkan awak adalah benar. Saya cuba bertanya saja tadi. Takpe lah, saya faham apa yang berlaku antara awak dan pekerja yang lain, saya telah dimaklumkan. Awak anggap saja itu cabaran untuk awak. Dan kalau boleh jika berpeluang, jelaskanlah pada mereka pendirian diri awak, itu adalah lebih baik daripada hanya berdiam diri tunduk menelan fitnah yang berlaku.”

Terperanjat. “tuan haji maklum pasal benda yg dihebohkan tu? ah, malunya saya. Maaf tuan haji, saya langsung tak berniat sebegitu. Bahkan jauh sekali”

“Tak pe, saya kenal awak bagaimana. Saya yakin dengan awak. Mustahil awak sebegitu.
Dan maaf saya nak bertanya sedikit lagi,”

“ ? ”

“Awak dah punyai jodoh? Maksud saya awak dah dimiliki org belum atau awak punya pilihan hati sendiri?” Azri cuba menyingkap makhfi, seolah-olah melupakan isteri dan anaknya dirumah.

Nafisah tidak membuang masa “Maaf tuan haji, ini perkara peribadi, tiada kaitan dengan urusan syarikat. tidak patut untuk tuan sibukkan kepada saya. Namun sebagai jawapan, bagi saya, biar Allah yang tentukan, saya hanya berserah, Allah akan beri jalan, saya yakin dan pasti. Maaf,jika tiada apa2 lagi saya keluar dulu.” Balasnya tegas.

Azri terdiam…Cuma mengangguk membenarkan nafisah undur diri.

Selepas menurunkan semula tirai yang dibukanya tika masuk ke bilik majikannya tadi, laju nafisah berjalan keluar menuju ke mejanya. Dadanya berombak, menahan rasa gugup yang datang selepas dia menjelaskan panjang lebar kepada Hj Mohd Azri Al-Hakim bin Jofrey, majikannya yang berkedudukan sbg ketua pegawai eksekutif (CEO) Senyum Creative Sdn Bhd. Bukan calang-calang orang baginya. Berpengalaman, beza 12 tahun umur dengannya. Namun dia merasa lega, bilamana dia dapat melepaskan apa yang dipendamnya, melafazkan kebenaran yang nyata. Itulah salah satu sifat tokoh yang diunggulinya. Saidatina aisyah r.a. dia memang mengagumi wanita kesayangan nabi ini. Banyak sifat aisyah yang cuba untuk ditirunya, dia seronok berbuat begitu. Sungguh dia bersyukur kerana pernah hidup dalam suasana tarbiah ketika zaman belajar dulu, benar-benar melatihnya erti kehidupan. Senyum terukir,memuji dirinya yang semakin positif. I like it.

Azri masih lagi termenung. Masih ada lagi perempuan sebegini,yang berani menyatakan kebenaran. Bisik hatinya. Dia masih lagi rasa bersalah atas perlakuannya tempoh hari cuba mengusik lap top peribadi nafisah tika nafisah tiada. Dia teringat, melihat gambar gadis itu menunjukkan jari tanda satu, seolah mengatakan sesuatu, dia lihat dihujung nama file gambar itu tertera, “ALLAHU AHAD” allah yang esa. Subhanallah,terus dia tidak berani mengusik lagi barang peribadi gadis itu. Bergetar jiwa azri melihat tegas gambar itu. Dia terasa bersalah selagi tidak menceritakan dan mintak maaf kepada nafisah sendiri. Sungguh, muslimah ini terpelihara,seolah2 ada penjaga, apa rahsianya. Cetus hati azri. Dia membelek2 lagi risalah yang diberi tadi, dia membaca satu firman allah

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” (An-nur:30)

Azri termenung sebentar…menginsafi diri. Beristighfar. Melihat sikap nafisah itu, membuatnya terasa malu sendiri. Terasa tidak berakhlaknya aku. Orang perempuan pun tahu malu, kenapa aku sebagai lelaki yang diangkat menjadi ketua ini tidak sebegitu? Sungguh, akhlak yang baik itu memberi kesan yang lebih dalam dari kata-kata yang tidak dipraktikkan. Ya allah, akhlaknya akhlak al-quran.....


MASIH ADA LAGI

Nafisah masih setia duduk di kerusi setiausahanya itu,cuba menyemak kembali semua kertas kerja yang diberi kepadanya sebelum dia serahkan kepada bos nya. Sempat dia memerhati sebentar label nama nya pada papan sticker di atas meja
“SAIDAH NAFISAH BT SUHAIMI’’ dan dibawah tertulis “SETIAUSAHA SC S/B’’.

Terasa bangga dalam dirinya,bangga dengan namanya. Mak nya berkata nama itu diambil sempena nama wanita sufi keturunan nabi. Dia tersenyum.

Tiba-tiba ym laptop nya berbunyi, ada msj masuk

azri_hakim : salam, boleh tanya lagi?

Saidah_nafisah : ya, Tanya ttg apa ya tuan haji?

Azri_hakim : dimana awak belajar semua ni?

Saidah_nafisah : belajar apa tu ye?

Azri_hakim : sy yakin diploma yg awak dpt hnya ajar ilmu-ilmu tentang benda2 perkara yang ada dibuku je.

Saidah_nafisah : ya, kemudian?

Azri_hakim : sy trus straight to the point jer la senang. Cmne awak bina diri awk sehebat ini?dari mana awk dpt latihan sebegini?

Saidah_nafisah : Alhamdulillah,smua ni sy dpt dn bljr tika hidup berjemaah di institut tarbiah yang saya duduki.

Azri_hakim : hidup brjemaah? awak belajar dimana dulu ye?

Saidah_nafisah : ya,hidup berjemaah.

Azri_hakim : owh,subhanallah. Boleh saya tahu, apa jemaah awak itu masih ada lagi sekarang?

Saidah_nafisah : insyaAllah,masih ada lagi. Selagi DOSA DAN MAKSIAT tidak menjadi amalan pimpinan dan ahli jemaah tersebut, maka pasti jemaah itu akan hidup berterusan bersinar menerangi bumi khalifah ini,sehingga hari kiamat. Ok,wallahualam.

Pantas nafisah menukar status offline pd ym nya, dan meneruskan kembali kerjanya.

“Tiada lagi pertolongan allah jika dosa dan maksiat mnjadi amalan, ia akan menjauhkan daripada rahmat dan hidayah Allah.” Kata-kata daripada amirnya itu dulu, masih lagi tersemat di dadanya sehingga kini. jauh disudut hatinya merasa rindu akan tempat dia ditarbiah dulu,detikperalihannya. Sempat dia berdoa sebelum kembali pada tugasnya,

“ya allah janganlah kelebihan yang kau kurniakan kepadaku menjadikan orang disekelilingku sesat dan jauh dari hidayahMu, jadikan lah tempat ku berkhidmat sbg tempat untuk bertambah2 amalanku pd mu, wahai maha penyayang.”


bersambung....

pemuda_senyum

21 ramadhan1430H


Rujukan

-kesan dosa dalam hidup –ibnuQayyim

-tafsir al-quran

-novel selamat tinggal duniaku-ustaz ashaari

-kuliah bersiri masjid senai



Tiada ulasan:

Catat Ulasan