- Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dalam loghat Quraisy
- Bilangan ayat di dalam Al-Quran adalah 6,236 dan bukannya 6,666 ayat.
- Di dalam Al-Quran, siapakah yang ‘berkata-kata’ – Hanya Allah s.w.t sahaja.
- Adakah Al-Quran sekarang sama dengan Al-Quran yang asal? Soalan ini apabila ditanya kepada umat Islam, mereka akkan menjawab ‘YA’ tetapi sebenarnya mereka menjawab secara membuta tuli sahaja, bukan berasaskan fakta atau keyakinan tetapi sekadar andaian.
- Mushaf yang diguna sekarang adalah Mushaf Uthmani, manakala mushaf-mushaf yang lain terlah dibakar, mushaf yang ada tidak sama bilangan ayat dan surat
BAHAGIAN 1 : SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
- Wahyu diturunkan secara beransur-ansur iaitu pada 612 c.e – 635 c.e
- Hikmah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur:
1. Memperkukuhkan (memantapkan) hati Nabi SAW dalam menghadapi sikap orang-orang Musyrikin yang menyakitkan hati
2. Sebagai tanda kasih sayang kepada Nabi SAW ketika turun wahyu. Al-Quran yang diturunkan kepada Baginda penuh dengan kehebatan. (Al-Muzammil : 5)
3. Berperingkat-peringkat dalam pensyariatan hukum. Penurunan al-Quran berjalan seiring dengan keperluan sosial masyarakat Arab. Pada peringkat pertama, ia menghindar mereka dari syirik, menanamkan iman dan cinta kepada Allah dan Rasul serta hari kebangkitan. Peringkat seterusnya ialah merealisasikan pengakuan iman dalam bentuk ibadah, solat (sejak sebelum hijrah), puasa dan zakat (3 Hijrah) dan haji (8 Hijrah) kemudian al-Quran mengharamkan segala tradisi yang bersifat dosa besar diikuti dengan tradisi yang bersifat dosa kecil. (sila baca contoh : pengharaman arak di bawah)
4. Mempermudahkan hafalan dan kefahaman Al-Quran. Penurunan Al-Quran secara beransur-ansur memudahkan mereka untuk menghafalkannya kerana pada ketika itu daya ingatan menjadi alat pembelajaran penting kerana rata-rata mereka tidak boleh membaca dan menulis. (Al-Jumuah : 2). Jika Al-Quran diturunkan sekaligus, mereka sudah tentu tidak mampu menghafaz dan akhirnya mereka lemah untuk memahaminya.
5. Sebagai jawapan terhadap pelbagai persoalan ummah dan peristiwa. Ayat-ayatnya telah membetulkan kesalahan umat Islam dan kesannya lebih kemas dalam hati umat. Contohnya adalah dalam Perang Hunain, tentera Islam berbangga dengan jumlah tentera Islam yang ramai dan memandang rendah pasukan musuh yang bilangan sedikit. Allah menegur :
‘Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan pada hari (perang) Hunain, ketika kamu amat megah kerana banyaknya bilangan kamu, maka bilangan yang banyak itu tidak berguna kepada kamu sedikitpun, dan (semasa kamu merasa) sempit bagi kamu bumi yang luas ini, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.’ ( at-Taubah :25)
6. Sebagai penunjuk kepada Allah yang menurunkan Al-Quran . Ianya menunjukkan kepada Zat yang menurunkan Al-Quran Yang Maha Bijaksana. Terbukti di dalam Al-Quran perkara-perkara yang menakjubkan, hukum yang yang ketat, kaya gaya bahasa, huruf dan kalimat yang sistematik dan lain-lain.
Contohnya : Pengharaman Arak :
Peringkat 1 ~ Al-Quran tidak mengharamkan sekaligus kerana masyarakat Arab pda mulanya meneguk arak bagaikan air putih. Pada mulanya mereka disuruh menjauhinya secara tidak langsung melalui penurunan ayat :
‘Dan dari buah-buah kurma dan anggur itu dapat dijadikan khamar dan rezeki yang baik’ ( an-Nahl : 67)
Ayat ini menerangkan bahawa 2 jenis buah ini boleh dijadikan sumber rezeki yang baik dan boleh menjadi benda yang memabukkan (haram).
Peringkat 2 ~ Apabila sekumpulan umat Islam termasuk Umar bin Al-Khattab bertanya kepada Rasulullah SAW hukum arak dan judi. Allah berfirman :
‘Mereka bertanya kepada Engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah “pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…” (al- Baqarah : 219)
Ayat ini menerangkan mengenai manfaat arak dan judi iaitu keuntungan material. Imam Al-Qurtubi ketika mentafsir ayat ini menerangkan keuntungan berniaga khamar adalah kerana Musyrikin membelinya di Syam dengan harga yang murah dan kemudiaanya di Mekah dengan harga yang mahal. Ketika itu Islam belum mengharamkannya.
Peringkat 3 ~ Ayat diturunkan adalah disebabkan Saidina Ali yang mabuk ketika mengimani solat. Beliau keliru dalam membaca surah al-Kafirun dan menyebabkan kesalahan dalam pembacaan . Lalu turun firman Allah s.w.t :
‘Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu kerjakan solat ketika kamu sedang mabuk kecuali jika kamu telah mengetahui apa yang kamu katakan… ’(an-Nisa : 43)
Ketika ini, hukum arak telah jelas tetapi belum diharamkan secara putus. Secara zahirnya, arak diharamkan kepada mereka yang solat sevelum sedar daripada mabuk. Ketika itu minum arak pada malam hari atau di luar waktu solat masih dibolehkan.
Peringkat 4 ~ Turun ayat tentang pengharaman arak secara putus (muktamad). Firman Allah:
‘ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, judi, berhala, dan bertenung nasib adalah (pekerjaan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. Sesungguhnya syaitan mengkehendaki akan menjatuhkan kamu dalam permusuhan dan berbenci-benci sesama kamu, kerana khamar dan berjudi menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan (mengerjakan) solat. Oleh itu mahukah kamu berhenti (dari demikian itu)?’ (al-Maidah : 90-91)
Penurunan ayat ini menyempurnakan pengharaman khamar secara berperingkat-peringkat yang menjadi kebijaksanaan Islam dalam menanggani penyakit-penyakit yang melanda masyarakat.

- Wahyu tidak diturunkan sekaligus satu hari tetapi sedikit demi sedikit selama 23 tahun, iaitu satu tempoh yang panjang dan mencukupi. Setiap kali turun ayat, ianya akan dihafal
- Keaslian Al-Quran dibuktikan dengan 2 perkara iaitu :
- Hafalan
- Penulisan
cepat2 la ckit akhi wat sambungannya yer... =)
BalasPadam